Feb 9, 2011

WAJARKAH PUAK SYIAH DIBERI PEMBELAAN ??





Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini memutuskan akan akan meneliti isu Syiah di negara ini, meliputi cara pihak berkuasa menangani isu itu. Pesuruhjayanya Prof Datuk Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, setelah perkara itu diputuskan dalam mesyuaratnya hari ini, beliau sendiri akan bertanggungjawab mengendalikan isu itu.





"Suhakam akan mengambil beberapa tindakan yang melibatkan semua pihak yang berkenaan seperti agensi kerajaan, badan agama, kedutaan dan sebagainya," katanya. Sekumpulan pengikut Syiah pada 27 Disember lalu menyerahkan memorandum kepada Suhakam, mendakwa berlaku pencabulan hak asasi manusia terhadap mereka.

Kumpulan 30 orang itu mendakwa serbuan terhadap pusat mereka di Gombak pada 15 Disember tahun lalu bercanggah dengan pelbagai peruntukan, antaranya Piagam Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Perlembagaan Persekutuan. Dalam kenyataannnya hari ini, Mahmood Zuhdi berkata pihaknya juga akan mengadakan perbincangan meja bulat bersama semua pihak terbabit untuk mencari satu penyelesaian yang baik untuk semua pihak.

"Oleh itu, Suhakam berharap akan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang berkenaan," katanya lagi.


Laporan Bernama

0 comments:

Powered by Blogger.