Feb 13, 2011

TUN M PERNAH SERTAI DAP ??





Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetap mempertahankan kenyataannya bahawa beliau ada berjumpa dengan pemimpin pembangkang sebelum Operasi Lalang pada 1987 dilaksanakan. “Mereka menipu. Saya tidak ada sebab membuat kenyataan itu kecuali ia benar-benar berlaku. Tetapi saya tidak menjangkakan pemimpin pembangkang akan berterima kasih ke atas apa yang dilakukan oleh kerajaan khususnya yang dilakukan oleh saya,” katanya kepada pemberita hari ini.





Sebelum ini, beberapa pemimpin pembangkang, termasuk orang kuat DAP, Lim Kit Siang dan Karpal Singh menafikan perjumpaan seumpama itu ada berlaku. Mahathir pada wawancaranya dengan wartawan Amerika, Tom Plate dilaporkan berkata beliau sebenarnya berjumpa dengan semua ahli pembangkang dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap tetapi pihak polis melakukan sebaliknya.

Bekas perdana menteri yang meneraju Malaysia selama 22 tahun itu mempersalahkan pihak polis dan mendakwa akibat tangkapan itu, kredibilitinya hilang. Semasa penangkapan besar-besaran pada 27 Oktober 1987, lebih seratus orang ditangkap - sebahagian besar mereka terdiri daripada pemipin pembangkang dan segelintir ahli politik dari Umno dan MCA.

Kerajaan kemudian menawarkan penjelasan bahawa tangkapan ISA yang kedua terbesar sejak rusuhan perkauman 13 Mei adalah 'perlu' bagi membendung 'ketegangan perkauman' yang semakin memuncak akibat protes besar-besaran berhubung pelantikan pengetua bukan berpendidikan Cina di sekolah-sekolah vernakular Cina. Umno pula membalas dengan juga mengadakan protes besar-besaran yang diketuai oleh ketua pemudanya ketika itu, Datuk Seri Najib Razak di Kampung Baru, beberapa hari sebelum tangkapan beramai-ramai dibuat.


Laporan MetroTV

4 comments:

Jeffry said...

BIASAK LA BROO. PEMBANGKANG SUKE MAIN PUTAR SANA SINI. BENDA YG TAKDE MEREKA REKA2 CERITA. LAMA2 JADI FITNAH. ITU LE MAKANAN HARIAN DIORANG KEHKEHKEH

Anonymous said...

bila dah pusing hari hari...rakyat pun percaya...

Anonymous said...

Tapi satu jea bro...macai2 depa ni tetap x kan percaya sbb xde bukti...!!
Ala mcm kes liwat sinuar tue....kalo xde saksi atau bukti bergambar x boleh nak dakwa....apa la punya bangang punya statement...kalo mcm tu dah bpe byk kes kena buang sbb xde saksi atau bukti bergambar...
Ko rasa nak ke nuar tue liwat jemput hadi,pok nik dan karpal tgok sekali??...

kah..kah..kah...

Wu di

sejahtera39 said...

mereka nafikan sebab TUN M maseh sokong UMNO/BN,..sekiranya Tun dipihak mereka, maka mereka mendesak kerajaan BN tubuhkn suruhanjaya untuk siasat polis2 yg terlibat dlm Ops Lalang..masihkh Tun ingat masa Tun keluar UMNO ( Pak Lah PM) merekalh org pertama sampai kehospital untuk melawat TUN...masihkh TUN ingat masa mula kes liwat 1 anuar...merekalh mendedsak supaya diambil tindakan sehingga gelaran anuar aljubri melekat pd tubuh badan sehingga hari ni hingga membawa kpg kes liwat 2...tp bila anuaraljubri bersama mereka, merekalh org pertama menawarkn khidmat guaman untuk nuaraljubri..kononya nuaraljubri ni dizalimi...jd tak heranlh atas apa yg berlaku pd TUN M arini...memang dasar dapigs ni sentiasa menaruh dendam kesumat kebencian kpd orang melayu UMNO Islam...

Powered by Blogger.