Feb 21, 2011

TUAN IBRAHIM CALON PAS DUN KERDAU??





Agendadaily pada hari ini memberi analisis berkenaan calon PAS bagi PRK DUN Kerdau. Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dijangka akan dipilih sebagai calon PAS bagi PRK DUN Kerdau, Pahang. Melalui analisis yang dibuat oleh Penulis Agenda News, Roslan Bian telah menulis bahawa ianya berikutan keputusan PAS menukar secara tiba2 jawatan Pengarah Pilihanraya Merlimau Datuk Halim Abdul Rahman yang sebelum ini dipegang oleh Tuan Ibrahim.




Sepatutnya beliau dilantik pengarah PRK berkenaan memandangkan beliau Pesuruhjaya PAS Pahang. Sekaligus ini memungkinkan beliau akan dicalonkan menentang Barisan Nasional (BN) dalam PRK ke-16 itu. Pengumuman menggantikan Halim diputuskan dalam mesyuarat Dewan Harian PAS pada Ahad.

Beliau juga telah membayangkan Tuan Ibrahim yang juga Yang Di Pertua PAS Kuala Krau antara bakal dicalonkan di PRK DUN Kerdau memandangkan pengaruhnya di kawasan itu. Difahamkan, mesyuarat Ahad memutuskan tiga nama yang akan menggalas cabaran PAS bagi menebus malu selepas tewas dua kali berturut-turut di Galas dan Tenang.

PAS telah mula menyedari bahawa parti tersebut tiada harapan untuk menang di DUN Merlimau disebabkan kekuatan UMNO di Negeri Melaka. Atas faktor tersebut, PAS perlu menebus malu bukan sahaja dengan orang Melayu yang mulai muak dengan cara berpolitik parti itu tetapi dengan PKR dan DAP.- sekutu mereka dalam pembangkang. Jalan terbaik memastikan calon mereka menang di Kerdau dan yang boleh memberikan cabaran hebat kelak tentunya Tuan Ibrahim.

Berdasaarkan keputusan PRU 12, PAS hanya tewas dengan 1,615 majoriti undi yang diperolehi arwah Datuk Zaharuddin Abu Kassim dari BN. Oleh itu, PAS dijangka akan memperolehi kemenangan besar apabila memilih Tuan Ibrahim Selain Tuan Ibrahim sebagai calon. Nama2 lain yang yang turut dipilih iaitu Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim dan Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan Tantawi dilihat tidak mampu memberi impak kepada kemenangan parti tersebut.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan mengumumkan nama calon PRK DUN Kerdau pada 24 Februari iaitu dua hari selepas nama calon BN diumumkan pada Selasa ini. Bagi pihak BN pula, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengatakan bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan nama calon BN, Selasa ini.


0 comments:

Powered by Blogger.