Feb 22, 2011

SKANDAL RM 2JUTA ANWAR & PRESIDEN NGO MELAYU??





Entahlah. Sekian lama hendak membongkar kisah ini. Tetapi apabila ditanya, tersasul pula menggunakan kata2 pujangga Anwar Ibrahim "Tunggu, kita akan dedahkan sedikit masa lagi". Bila? Tak juga dibongkar. Secara tiba2, tanpa dirancang, Melayu CinDia mulakan mukadimah pembongkaran ini melalui kiasan yang nampak lembut tetapi terseksa bak digigit seekor Singa. Kisah Badan Bukan Kerajaan NGO Melayu. Hari ini, banyak kita lihat di depan mata. NGO Melayu secara tiba2 bangkit bersuara menyatakan hak dan pembelaan bangsa. Bangsa Apa? Melayu. Bila berjuang hak Melayu, maka mereka dikira Pejuang. Tapi bagaimana pula jika memperalatkan bangsa Melayu untuk mengaut keuntungan peribadi? NGO Melayu ada banyak di Malaysia. Ada yang berjuang untuk Pelajar Melayu, ada yang berjuang untuk Veteran Melayu dan ada yang berjuang untuk kesemua lapisan Melayu. NGO Melayu... Hampir kesemuanya menentang perjuangan Anwar Ibrahim. 'Hampir kesemua'. Maknanya ada juga yang bersedudukan dengan Ketua Pembangkang ini? Kenapa? Semuanya kerana wang. Wang bukannya sedikit. RM 2 JUTA... Ini yang diceritakan oleh seorang bekas Pemimpin sebuah NGO Melayu yang dikenali ramai.




Mungkin Melayu CinDia silap. Benar, jika dikaji semula setakat hari ini, kesemua NGO Melayu menentang dasar perjuangan Anwar. Bagaimana pula dengan Pemimpin No. 1 NGO Melayu? Pening.. Akan tetapi inilah realiti krisis kepimpinan sebuah badan yang memperjuangkan Bangsa kita.

Presiden sebuah NGO Melayu, yang dijulang dan diangkat setelah melihat Presiden sebelumnya tidak mampu lagi untuk mengekalkan aura badan tersebut. Maka, dipilih manusia ini. Penjenamaan semula dilakukan bagi memperkuat perjuangan dengan lebih kental. Beberapa dasar baru diperkenalkan bersama barisan kepimpinan baru yang dipilih melalui undian perwakilan, walaupun realitinya ia dirancang dengan rapi bagi memastikan kemenangan berpihak pada orang2 beliau. Yang menentang akan dicantas. Bagaimana caranya? Faham2 sendirilah.

NGO Melayu bukan sebuah badan Politik. Memanglah sudah disebut NGO, tidak mungkin ianya berkaitan politik. Tetapi sepertinya beliau tidak berpuas hati, dikempen di seluruh Malaysia bahawa NGO Melayu yang dipimpin beliau ini tiada sebarang kaitan dengan mana2 parti politik. Tak tahu kenapa takut sangat hendak dikaitkan dengan parti politik. Apabila sitanya, beliau khuatir kerana ramai di kalangan anak2 Melayu yang tidak suka berpolitik terutamanya anak2 Muda.


Akan tetapi, biasalah. Bila hendakkan lebih kuasa, perlulah merujuk kepada strategi politik. Tidak salah sebenarnya. Tetapi apabila tamakkan kuasa, strategi mengalahkan orang politik. Semuanya hendak dikaut. Orang yang mesti dicantas, dicantas sehingga lunyai. Yang berkepentingan, dijulang walaupun krelibiliti tidaklah sehebat mana. Hanya bijak bercakap lagi bercerita. Akar Umbi? Dijadikan pencacai dan kuli batak bagi menaikkan imej NGO Melayu ini. Bila Badan ini terkenal, Presiden dipuji. Akar umbi penat bagai seorang tenaga buruh asing tidak bergaji menaikkan imej dan kualiti Badan yang disertai.

Tidak mengapa. Inilah namanya perjuangan. Bila berjuang, mana boleh dibeli dengan wang ringgit. Tapi nak makan kenalah beli dengan wang juga. Tak mengapa. Orang politik cakap 'Saya Sponsor'. Apabila Presiden NGO Melayu ini berucap, memang berapi. Habis semua dibalun. Kerajaan juga terkena tempias. Pembangkang juga terkena. Tapi tidak pula dimaki Anwar Ibrahim? Rupa2 nya ada udang di sebalik batu. Perjuangan NGO Melayu ini dengan mudahnya dijual dengan wang ringgit bernilai RM 2JUTA. Siapa bagi? Anwar Ibrahim. Siapa yang tidak suka apabila diberi sejumlah wang besar. Untuk siapa? Ingatkan untuk disalurkan ke NGO Melayu ini. Rupa2 nya dikaut seorang diri. Makan sampai kenyang.

Siapa yang bongkar? Mestilah individu yang paling hampir dengan beliau. Masa itu memang kagum dengan perjuangan Presiden ini. Kira penyokong kuat. Ke mana Presiden ini pergi, individu ini akan kelihatan. Sanggup mengeluarkan wang poket sendiri. Tapi biasalah. Kalau sudah bersekongkol dengan Anwar, perangai pun macam Anwar. Sudah dipilih 'anak ikan', tidak dibela dengan baik, lalu sang 'anak ikan' kecewa. Keluar dan dibongkar kisah benar ini.

Apa tujuan Anwar menyogok wang RM 2Juta ini ? Bukannya sedikit. Rupa2 nya wang ini hanyalah sekadar bukti dan perjanjian, di mana Presiden NGO ini akan menyokong usaha Anwar secara sulit, bagi memperkuatkan kuasa dan mencapai matlamat untuk menawan Negara. Sesuatu yang tidak pasti. Tetapi tak dikisah olehnya, lalu diterima dengan 'ikhlas'. Memimpin sebuah Badan yang memperjuangkan Melayu, tetapi sebenarnya, dijual bangsa kepada seekor dajal yang akan memusnahkan Bangsa sendiri.

Sedih sebenarnya. Kerana orang yang mengenali Presiden ini dari luaran kelihatan seorang pejuang. Apabila rapat dengannya, memang suka membaham bukan sahaja musuh, malah spesies2 seperti beliau. Singa pun tidak membaham spesiesnya sendiri. Inilah dikatakan memperalat perjuangan Bangsa demi mengaut keuntungan peribadi.

Melayu CinDia membongkar hal ini bukan untuk menjatuhkan sesiapa. Ianya semata2 untuk mengingatkan kesemua pemimpin Melayu. Janganlah menjaja Bangsa dan memperalatkan Bangsa. Agama apatah lagi. Kerana bisanya akan memakan diri sendiri. Jangan hanya hormat pada Agama dan Bangsa. Julanglah kedua2 nya diiringi doa dan usaha gigih agar kesemua anak2 bangsa menikmati di tanah tumpah air kita.

Kalau hendak dicerita perihal Presiden NGO Melayu ini, sampai bila2 tak habis. Tak mengapalah. Biarlah Melayu CinDia berkias terlebih dahulu. Ada cerita lain lagi selepas ini. Nantikan kemunculan cerita kisah benar. KISAH SEORANG PRESIDEN NGO MELAYU. APA NAMA NGO INI? BUKAN SEKARANG WAKTUNYA UNTUK DIBONGKAR. INSYAALLAH, APABILA TIBA MASANYA.


3 comments:

Anonymous said...

PERKOSA ke?

Anonymous said...

bukan PERKOSA... NGO NI AKU TAU... SINGA TRADEMARK DIA.. KAKAKAKA

Anonymous said...

Sedih la melayu peralatkan melayu, dan Parti Islam peralatkan Islam. Apa nak jadi dengan Malaysia ni.

Powered by Blogger.