Feb 22, 2011

SITI NURHALIZA TURUT KEMPEN PRK DUN KERDAU??





Siti Nurhaliza. Siapa tidak kenal dengan wanita ini. Daripada seorang penyanyi remaja, siapa sangka kini beliau bergelar Datuk. Semua ini adalah hasil usaha dan kerja keras beliau. Hari ini Siti selesa dengan nikmat yang beliau kecapi. Bersama suami beliau, Datuk Khalid Mohamed Jiwa, Siti mengorak ke langkah yang lebih besar. Berbakti dan beramal untuk masyarakat melalui Yayasan yang ditubuhkan beliau, iaitu Yayasan Nurjiwa. Tidak salahlah rezeki yang Allah berikan kepada beliau. Siti menggunakannya dengan sebaik2 nya. Melayu CinDia melihat Siti mempunyai masa depan yang lebih cerah. Dek kerana tersentuh dengan kerja2 amal beliau, termasuklah pembinaan sebuah Masjid di Permatang Pasir. Ini adalah hasil titik peluh beliau menubuhkan Yayasan Nurjiwa. Apa yang Melayu CinDia lihat Siti mempunyai krelibiliti dalam menceburi bidang politik. Usaha beliau dalam membantu golongan yang memerlukan menepati syarat untuk bergelar seorang pemimpin. Melayu CinDia mengharapkan Siti dapat membantu masyarakat dengan lebih efektif dan seterusnya menjadi pemimpin yang dihormati. Ada berani Siti Nurhaliza.??



0 comments:

Powered by Blogger.