Feb 23, 2011

SABAH IMPIANKU - SULU MERACAU DENGAN SULTAN??





SULTAN SULU?? Siapa sangka? Di Malaysia kita ada Sultan Sulu. Warganegara Malaysia pula tu. Datu Mohd Akjan Bin Datu Ali Muhammad, seorang yang telah mengikhtiraf diri sebagai Sultan Sulu meminta pihak Kerajaan tidak memperkecil2 kan beliau. Beliau telah ditabalkan sebagai Sultan oleh kerajaan sementara Sulu yang mendapati beliau adalah keturunan langsung Sultan Sulu yang terakhir, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Shariful Hashim 1.




Perkara ini bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan kerana bukan sengaja untuk menggelar diri sebagai Sultan akan tetapi diikhtiraf melalui tawaran dari Kerajaan Sementara tersebut. Malah, beliau sendiri telah 3 kali menolak untuk menjadi Sultan Sulu, akan tetapi demi menghormati keturunan, beliau bersetuju. Akan tetapi, belia mengenakan beberapa syarat. Salah satu daripadanya ialah mereka menggugurkan tuntutan terhadap Sabah.

Di sini kita akan lihat sejauh mana Kerajaan Sementara Sulu benar2 mengikhtiraf seorang Sultan. Jika selepas ini terdapat lagi tuntutan bumi Sabah dari Kerajaan Sulu, maka ianya membuktikan bahawa ianya hanyalah proksi semata2. TERIMA KASIH DATU MOHD AKJAN.

0 comments:

Powered by Blogger.