Feb 2, 2011

RUSUHAN MESIR - SETPOL PM TERLIBAT??





Melayu CinDia sangkakan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail turut terlibat dalam rusuhan di Mesir. Rupa2 nya beliau kini sedang berjuang memastikan dan memantau kesemua para pelajar Malaysia di Kaherah sentiasa berada dalam keadaan selamat di rumah masing-masing.




Beliau yang juga merupakan abang kepada Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution itu berkata demikian ketika dihubungi Agendadaily jam 4.30 petang Rabu juga menjelaskan bantuan makanan dijangka tiba dari Malaysia malam ini.Juga mesin ATM bank HSBC sudah boleh berfungsi untuk kemudahan mengeluarkan wang.Selain itu money changer juga sudah buka lepas tutup seminggu. Katanya para pelajar akan mula dipindahkan secara berperingkat ke Jeddah mulai esok mengunakan pesawat TUDM,MAS dan kapal TLDM.

Menurut Shalan untuk prose situ para pelajar perempuan akan dipindahkan dahulu,diikuti oleh para pelajar tahun 1 dan mereka yang berkeluarga.kemudiannya baru para pelajar senior. Beliau memberitahu ada juga pelajar senior yang menawarkan diri untuk terus tinggal di Kaherah untuk mengawal rumah-rumah mereka bimbang dipecah masuk dan sebagainya.

Mereka para pelajar yang terperangkap dan menunggu pesawat di lapangan terbang Kaherah,beliau menjelaskan kebanyakan mereka itu dari keluarga berada yang beli tiket sendiri untuk keluar segera dari Mesir.

Shalan berkata mereka sedang berusaha sedaya upaya memastikan proses pemindahan berjalan lancar.

Beliau berada di Kaherah sejak beberapa hari lalu atas arahan Perdana Menteri untuk meninjau sendiri keadaan para pelajar Malaysia di sana.

3 comments:

Anonymous said...

Nak sikit, setpol Khalid, Lim Guan Eng, Azizan dan Nik Ajis tak ikut serta ker. Setpol dia orang ni takkan nak jaga boss dia saja kot. Kalau bercakap semua orang tak pandai buat keja, dia orang ni hanya pandai cakap jer. Kalau macam ni ke nak rampas Putrajaya jangan mimpi ler kau orang. Nik Ajis tarik selimut ler tu. Last2 pemimpin yang digelar JAHILIAH NI LAH YANG GI AMBIK BEBUDAK TU KAT MESIR. Harap makan gaji buta aje ler

Anonymous said...

Sepatutnya semua 11 ribu pelajar2 kita perhati & pelajari bagaimana rakyat berjuang untuk ranapkan kerajaan diktator Mubarak ala Firaun tu ...

Kononnya, last year pun Mubarak menang jawatan presiden mesir untuk tempoh 30 tahun berturut2. .. Dulu arwah Saddam Husin menang bergaya setiap pilihanraya presiden Iraq sebelum AS jajah.
Cara mana menang 99% "demokrasi para diktator" tu tak tau lah.. ada yang kata pilihanraya mereka dibawah hujung muncung senjata asykar2 sekular diktator2 Arab tersebut.

Akhirnya rakyat mereka tak tahan.. ingin PERUBAHAN... lawan penindasan & kongkongan diktator walaupun dengan harga nyawa para syuhada’ Islamis & rakyat yang tinggi....

Apakah "amalan demokrasi SPR" Malaysia hari ini bertaraf dunia atau hanya setaraf dunia Arab sekular tersebut?

Apakah pelajar/ cendiakawan kita masih berotak pengecut yang dibelenggu dengan jiwa individualitik materialistik?

Anonymous said...

jiwa manusia dah lemah.. memang penyakit "wahn" dah menular... wahn? cinta dunia dan takut mati.. kembalilah kepada Allah.. ambil iktibar..

Powered by Blogger.