Feb 20, 2011

ROMBAKAN EXCO - HASAN ALI & RONNIE LIU DIPECAT??





Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan hari ini bahawa beliau telah mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat di negeri itu mengenai kemungkinan merombak barisan exco kerajaan negeri. Bercakap kepada media di Bandar Tasek Selatan, Khalid berkata, perbincangan diadakan bagi "mengukuhkan lagi pentadbiran kerajaan Selangor".




Beliau bagaimanapun, enggan menyatakan butiran mengenai perbincangan yang diadakan itu.

"Tapi apa (yang kita) mahu lakukan atau tidak (lakukan), kita belum putuskan," katanya ketika ditanya mengenai laporan yang menyebut beliau telah menemui wakil rakyat Pakatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor untuk membincangkan rombakan exco.

Khalid dilaporkan berdepan dengan tekanan untuk membuat rombakan tersebut kerana menghadapi masalah dengan anggota exco tertentu.

Ini adalah pertama Khalid membayangkan mengenai rombakan tersebut walaupun khabar angin mengenainya bertiup sejak awal tahun ini.

2 comments:

MELAYU KULAI said...

Harap2 berita ini benar.
Kalau dilihat sejak daripada pru12, kedua-dua mereka ini memberikan impak negatif kepada Melayu Selangor.
DAP dan hamPAS yang bersekongkol tidak memberikan manfaat kepada orang Melayu secara keseluruhan.
Mudah2an BN dapat merampas kembali Selangor pada pru 13 akan datang.

ajai62 said...

Assalam Bro

Rakyat Selangor patutnya pecat semua ADUN Pakatan Pembangkang kat Selangor sebab pemerintahan yang mereka jalankan mendatangkan masalah yang tak masuk akal. Semuanya nak dipolitikan. Benda mudah pun jadi susah.

Powered by Blogger.