Feb 15, 2011

RASULULLAH MENANGIS RINDUKAN KITA !!





Gambar ini tiada kaitan langsung dengan Rasullullah. Hanya sekadar renungan keinsafan umatnya.

RASULULLAH... Hari ini merupakan hari istimewa Baginda. Pada tarikh 12 Rabiul Awal inilah tarikh di mana seorang Manusia Pilihan Allah ini dilahirkan di muka bumi ini. Tanpa Baginda, mungkin kita tidak dilahirkan sebagai seorang Muslim. Kita tidak pernah melihat Baginda.




Kita tidak pernah melihat senyumannya, perwatakannya, senyumannya, tangisannya, ucapannya, apatah lagi seruannya. Kita hanya merujuk kepada Hadis dan Sunnah yang telah diamahkan oleh sahabat2 Baginda untuk disebarkan. Tetapi kita lupa, Rasulullah pernah menangis, sebak dan hiba memikirkan masa depan umatnya. Baginda pernah terfikir apa yang akan berlaku pada umatku di masa akan datang.

Baginda setiap detik memikirkan hal ini. Kadangkala mengalir air mata Baginda memikirkan nasib umatnya di masa akan datang. Jika diberi peluang, beliau sanggup hidup di muka bumi ini selama2 nya, demi melihat sendiri perkembangan umatnya. Beliau terlalu sedih dan hiba meninggalkan umatnya. Adakah kita pernah sedih merindunya? Dengarkanlah syahdu dan luahan hati Melayu CinDia melalui video di bawah ini bersempena dengan kelahiran Baginda RASULLULLAH SAW.





SALLAHU 'ALA MUHAMMAD
SALLALLAHU 'ALAIHI WASSALLAM

SALAM ULANG TAHUN YA RASULULLAH.
SALAM MAULIDUR RASUL

1 comments:

Sudir said...

Rindu pada Rasulullah SAW

Powered by Blogger.