'RASUL MELAYU' AKAN KEMBALI !!

Haji Kahar Ahmad, 56, bekas pesara Zoo Negara yang hanya berpendidikan setakat darjah lima ini telah mengaku dirinya sebagai Rasul Melayu kononnya diutuskan Allah untuk menjaga umat Melayu di Malaysia. Beliau juga telah memberi jaminan pengikutnya pasti masuk syurga berkat daripada syafaatnya. Dia juga mendakwa mempunyai mukjizat dan syafaat seperti juga rasul-rasul-Nya yang lain iaitu boleh mengeluarkan manusia daripada kegelapan kekafiran kepada cahaya keimanan.
Melayu CinDia teringat akan Sabda Nabi Muhammad s.a.w menjelang saat kewafatan iaitu “Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku."
Apabila ditujukan soalan berkenaan Sabda Rasullullah seperti di atas, beliau dengan bongkaknya mendakwa bahawa Al-Quran hanyalah sekadar catatan manakan hadis hanya rekaan manusia. Lailaha IllalAllah.
Dia melantik dirinya sebagai rasul dengan mendakwa ‘Tuhan’ melantiknya menjadi rasul Melayu menerusi surah Yasin dan surah Ibrahim ayat keempat. Dia juga mendakwa bahawa al-Quran yang dibaca oleh umat Islam di seluruh dunia pada hari ini bukanlah al-Quran yang sebenar kerana menurutnya kalam Allah itu berada kekal dan ´disimpan´ di Luh Mahfuz.
Inilah manusia akhir zaman. Apabila Orang Islam terlalu asyik mengkaji Al Qur'an dan As Sunnah tanpa merujuk penjelasan dari seseorang yang arif tentang Agama. Dikatakan Haji Kahar telah mengkaji Al Qur'an sedalam2 nya selama sebulan tanpa keluar dari rumah. Setelah sebulan mengkaji, beliau terus menggelarkan diri sebagai Manusia Pilihan Allah yang dilantik sebagai Rasul Melayu.
Beristighfar banyak2. Janganlah kita lupa akan perkara2 yang boleh membawa kita kepada kekufuran. Membuat dosa terlalu banyak sampaikan tidak dapat dihitung. Janganlah disudahi pula dengan kekufuran.
SALAM MAULIDUL RASUL... TERASA RINDU PADA RASULULLAH... MENITIS AIR MATA MEMBAWA UCAPAN TERAKHIR BAGINDA SEBELUM BELIAU WAFAT..
3 comments:
CAYAAAAA laaa RASUL MELAYUuuu AMENOOOO BE END.
Punya HEBAT nya keme LAYU an AMENOOOO sampai ada RASULLLL me LAYU
Ape ke bodoh benar si anon 10:37 tu. Tak tahu cerita menyampuk. Yang dia tahu hanya ayat itu sahaja yang di postnya kemana mana. Betul betul makan tahi...
CinDia, kalau bro mengaku ada kelebihan pun ada pengikut. Kalau jual ubat pun mesti laku. Hendak hendak boleh cerita sikit pasal nabi, boleh cerita sikit pasal agama confirm ada pengikut. Orang bodoh macam anon 10:37 tu masih ramai. Merekalah yang bakal CinDia boleh manupulasikan. Orang yang pandai pun ramai yang boleh terkeliru.
samalah macam puak pas..percaya sangat yang nik ajis tu wali..padahal wali yang benar2 wali tidak akan mengaku dirinya wali, tok guru ataupun hebat..mereka lebih gemar menjauhkan diri daipada hal hal keduniaan.
sedangkan nik ajis mencari dunia dengan menjadi mb, malah memegang jawatan terlalu lama.
nik ajis mengeluarkan ajaran yang jauh terpesong dari ajran islam yang sebenar semata mata keuntungan dunia.
Post a Comment