Feb 17, 2011

PRU SARAWAK - ANWAR JADI LANUN BUNUH BN!!





Ini bukanlah satu kritikan. Hanya teguran buat kesemua komponen2 BN di Sarawak. Melayu CinDia memohon kesemua Pemimpin BN Sarawak agar tidak leka dan lebih fokus dalam menghadapi PRU Sarawak. Ini kerana Pembangkang di bawah pimpinan Anwar sedang giat melancarkan Ceramah2 Politik bagi mempengaruhi pengundi2 di Sarawak untuk menyokong Pembangkang. Strategi PRU 12 akan digunakan malah lebih agresif dengan menyerang kepimpinan KM Sarawak, Pehin Sri Taib Mahmood. Anwar akan menggunakan isu krisis di Mesir sebagai modal utama bagi menjatuhkan Kerajaan BN Sarawak. Ianya disertakan dengan maklumat2 palsu dengan kemahiran pidatonya yang mampu meracuni pemikiran pengundi.




Lebih menggusarkan, apabila Anwar akan menggabungkan kesemua Pembangkang di Sarawak agar menyertai Pakatan. Ianya merupakan langkah efektif bagi menggoncangkan BN Sarawak. Melayu CinDia tidak dapat menafikan, terdapat beberapa perancangan sedang diatur bagi menghadapi Pilihan Raya, akan tetapi banyak fitnah2 yang dilemparkan oleh Anwar secara melampau tidak dijawab BN secara menyeluruh. Jika jawapan balas diberikan sekalipun, maklumat tersebut tidak sampai kepada rakyat secara total.

Melayu CinDia tidak sama sekali berniat untuk mempersoal gerak kerja BN Sarawak. Tujuannya hanya untuk menegur sebilangan kecil jentera BN Sarawak yang dikatakan masih tidur lena, begitu selesa malah terlalu yakin dengan kekuatan BN Malaysia sehingga lupa bahawa Anwar akan mengambil kesempatan dengan melakukan apa sahaja bagi memastikan rakyat terus disuntik dengan racun berbisa lalu bertindak protes terhadap BN dek kerana penipuan2 Anwar.

Jadikanlah apa yang berlaku di Semenanjung pada PRU 12 sebagai pengajaran. Pada ketika itu, Anwar tidak sempat menyampaikan maklumat palsunya ke Bumi Kenyalang. Jangan biarkan ianya berlaku pula di Negeri tersebut kerana kesannya amat besar. Rakyat akan termakan dengan penipuan2 Anwar.

Ini sekadar nasihat murni dari Melayu CinDia. Melayu CinDia pasti, kita mampu menang dengan lebih besar. Apa yang mesti dilakukan hanyalah usaha yang gigih beserta doa. Walaubagaimanapun, Melayu CinDia kagum dengan kesungguhan blogger2 dari Sarawak yang berhempas pulas menjawab isu2 palsu dari Anwar. BRAVO SARAWAK'S BLOGGER.



0 comments:

Powered by Blogger.