Feb 17, 2011

POLITIK MAYAT - UNIVERSITI MALAYA KEMBALI AGRESIF !!





Tindakan beberapa penyokong Pro Mahasiswa Universiti Malaya (UM) mengusung mayat ke Bangunan pejabat timbalan naib canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar (HEP) dilihat sebagai 1 tindakan yang tidak sihat. Ini membuktikan Mahasiswa2 UM masih mengamalkan budaya politik agresif. Kementerian Pengajian Tinggi mesti campur tangan dalam meredakan semula ketegangan yang dikhuatiri akan bertambah buruk jika dibiarkan. Ini penting kerana kesannya akan merebak ke IPT2 lain yang melihat UM sebagai sebuah Universiti hebat dan menjadi contoh.Pagi tadi, kira-kira 120 penyokong kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya (UM), termasuk calon, berarak dari padang di hadapan fakulti kejuruteraan menuju ke kompleks perdana siswa untuk penamaan calon. Selain UM, empat lagi universiti akan mengadakan penamaan calon masing-masing esok, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor.


6 comments:

Anonymous said...

2 org yg pegang banner tu peksa dpt apa ? byk A atau byk D. cgpa agaknya berapa? kaki ponteng tak? peksa meniru ke tidak? assign main pakat buat atau pakat tiru? bab demo dpt A rasanya. masa nak pi buat demo, tayang dulu keputusan peksa, baik ke tidak? gantung kat leher ... nampak gaya macam tukang angkut anak dara org pi merata tempat ...

Yasmin said...

Hidup Universiti Malaya .. perintis suara Mahasiswa Malaysia ..

Anonymous said...

budak berhingus yang gila kuasa

Anonymous said...

Malu.. malu.. malu.. Malu nak mengaku warga UM.. Ni budak budak yang selalu lepak kat cafeteria dan merempit.. Harap budaya jalanan macam ni tak ada pada mahasiswa/siswi UM.. Macam ni ke nak pimpim warga UM..

Pemuda TG said...

Keterlaluan dan biadap...mengapa diusung patung mayat?

Anonymous said...

SEBAGAI BEKAS GRADUAN, TAK HERAN SGT LE NGAN PUAK2 PENDEMO NI..DEPA MMG GOLONGAN YG TAK BERAPA NAK STUDY PUN...CAM TU NAK JADIKAN PEMIMPIN?

Powered by Blogger.