Feb 3, 2011

PKR SARAWAK DESAK PAS KELUAR PAKATAN !!





Semalam TAIKO PKR Sarawak, Baru Bian menyuarakan kritikan terhadap PAS yang telah menggunakan perjuangan dan fahaman Agama sempit yang akan memberi kesan terhadap pengundi2 di Sarawak. Beliau mengambil contoh kempen PRK DUN Tenang di mana De Facto PAS, Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan fatwa bahawa orang Islam yang mengundi BN di anggap sebagai Jahiliyah.




Baru Bian berkata, masyarakat di Sarawak amat tidak suka akan fahaman2 politik Agama yang akan memberi kesan terhadap perpaduan rakyat di Negeri Borneo itu. Cara hidup di Negeri ini amat berbeza dan Nik Aziz tidak sewajarnya memutarbelitkan isu Agama sempit demi merampas kuasa politik.

PKR Sarawak juga mendesak pimpinan PKR Pusat memikirkan hal ini secara serius jika hendak menawan Sarawak kerana Nik Aziz dikhuatiri akan terbawa2 budaya tersebut apabila hadir berkempen di Sarawak menjelang Pilihan Raya kelak.

Isu ini juga telah dilaporkan di blog Melanau Blogger di mana penulis mendakwa Rakyat Sarawak sentiasa bersaudara meskipun berbeda agama dan kepercayaan. Nik Aziz dan PAS perlu belajar erti perpaduan dari rakyat Sarawak, dan tidak perlu menginjakkan kaki di tanah Sarawak jika ada keinginan untuk menyebut perkataan kafir atau jahilliah...

3 comments:

Anonymous said...

tukang garu nik ajis bukan pikir kalau nak bercakap. dia main hentam aje janji dia puas. tu la tukang garu penganut PAS pi mampus

XPressMinda said...

aku lebih suka nik ajiz di bawa berkempen di mana saja ada pilihanraya...

lagi kerap pok nik ajiz pi kempen, lagi teruk sokongan utk pakatan haram akan jatuh.

skang pok nik dah jadik liabiliti utk pas mahupun utk pakatan haram.

Jeffry said...

SEPATUTNYA SEME PARTI PEMBANGKANG TUTUP KEDAI JEK SNANG! KEHKEHKEH

Powered by Blogger.