Feb 22, 2011

P'JUMPAAN SULIT AZMIN & EXCO2 SELANGOR??





Semalam Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah menepis keputusan MB Selangor, Khalid Gagap untuk merancang membuat rombakan Exco Kerajaan Negeri Selangor. Azmin dalam kenyataan media membantah sama sekali idea yang diketengahkan Khalid Gagap. Azmin secara tiba2 cuba hendak menjadi 'hero' Selangor bagi membela ketiga2 parti yang bergabung membentuk Kerajaan. Azmin bercakap seolah2 Khalid Gagap cuba melakukan satu perancangan bagi mengekalkan kuasa beliau. Mungkin Azmin layak membantah, kerana beliau juga merupakan ADUN Bukit Antarabangsa. Tetapi, tindakan beliau itu dilihat semakin berani menyatakan keterbukaan beliau dalam menjatuhkan ADUN Ijok tersebut. Malam tadi Melayu CinDia mendapat maklumat dari sumber dalaman PKR Gombak, terdapat 1 perjumpaan bersama orang2 kanan Azmin telah diadakan selepas beliau menang jawatan Timbalan Presiden PKR. Lebih mengejutkan, beberapa Exco Selangor juga hadir dalam perjumpaan sulit ini. Agenda utama perjumpaan telah dirahsiakan. Terdengar kenyataan Azmin dalam perjumpaan tersebut, yang menyatakan hasrat yang sedia lama dipendam, pernah cuba akan tetapi terpaksa memperlahankannya. Azmin berkata "Dengan kuasa baru yang saya kecapi kini di dalam PKR, saya mengisytiharkan MISI SULIT MENJATUHKAN KHALID IBRAHIM dilaksanakan serta merta... TANPA SEBARANG KAWALAN DARI SAUDARA ANWAR IBRAHIM".




Umum mengetahui bahawa Azmin Ali tidak sebulu dengan Khalid Gagap kerana impian Azmin untuk memegang takhta MB Selangor selepas kemenangan PRU12 lunyai apabila Khalid Gagap diangkat pula ke jawatan tersebut. Kini Azmin sudah bersedia. Perancangan yang sekian lama disimpan akan dilaksanakan bermula hari ini. Azmin akan membunuh karier Khalid Gagap di Selangor.

Azmin mengakui bahawa karier politik beliau tidak akan berkembang jika hanya fokus di Parlimen. Beliau tahu PKR tidak akan dapat menawan Malaysia pada PRU13. Tambahan pula, dengan masalah2 dalaman yang bukan sahaja tidak selesai, malah semakin bertambah, ianya menyukarkan lagi matlamat dan impian Anwar untuk merampas Kuasa Kerajaan BN.

Kenyataan semakin adalah permulaan. Azmin telah mula memberi 'amaran' kepada Khalid Gagap. Azmin juga cuba memberi petunjuk kepada Khalid Gagap agar bersedia untuk ditumbangkan. Siapa yang mampu melawan Azmin di dalam PKR? Hampir kesemua yang melawan Azmin Ali pasti akan tersungkur malah terus keluar dari Parti tersebut. Khalid Gagap juga jika cuba melawan, beliau akan 'didakwa' di 'Mahkamah PKR' yang sentiasa memihak kepada Azmin.

Siapa yang sedar akan perkara ini? Ramai yang sedar. Siapa yang akan menyokong Azmin Ali? Di mana kekuatan Azmin di Selangor? Beliau kini kelihatan semakin kuat ditambah lagi dengan modal2 yang beliau kumpulkan untuk menyenaraikan kelemahan2 Kerajaan Negeri Selangor di bawah pemerintahan Khalid Gagap.

Azmin tidak pernah membela Khalid Gagap di saat Khalid Gagap diherdik dan didesak dengan pelbagai asakan untuk meletak jawatan. Apa yang diusahakan Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dilihat sebagai aset kepada Azmin untuk menjatuhkan Khalid Gagap.

Azmin juga secara tiba2 dikatakan muncul dan menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyaratan bukan sahaja di Parlimen beliau sendiri malah di setiap pelusuk Negeri Selangor. Ini tidak berlaku sebelum beliau menang jawatan Timbalan Presiden PKR. Malah, pelbagai aduan dan rungutan telah diberikan oleh pengundi2 kawasan Gombak apabila beliau amat jarang sekali turun padang di kawasan Parlimen Gombak. Akan tetapi, apabila bergelar No. 2 PKR, beliau semakin aktif. Sehinggakan ada beberapa penyokong Khalid Gagap mengatakan bahawa Azmin kini seolah2 seperti seorang MB Selangor. Perlaksanaan Program, Ucapan yang diberikan, Kehadiran beliau diiringi ekscot.... Ini merupakan lagak seorang MB Selangor in waiting.

Khalid Gagap sememangnya seorang yang buta dalam soal politik. Dan orang yang akan mencantas beliau adalah seorang yang berpengalaman luas dalam mencantas musuh politik. Inilah yang dikatakan A New Generation Of Anwar Ibrahim.... Bernama Azmin Ali.


1 comments:

Anonymous said...

Anwar kena akur kepada setiap kehendak Azmin kerana telur Anwar telah dipegangnya. Terlampau banyak rahsia Anwar ditangan Azmin.

Powered by Blogger.