Feb 10, 2011

PETRONAS RUGI RM2 JUTA SEBULAN??





Di saat dunia menghadapi krisis kenaikan harga minyak, Syarikat Petroleum Gergasi Malaysia iaitu PETRONAS tidak menganggap ianya sebagai penghalang untuk mengambil inisiatif berbakti kepada rakyat Malaysia. PETRONAS hari ini telah memberi sumbangan sebanyak RM2 Juta sebagai bantuan operasi membawa rakyat Malaysia di Mesir pulang ke tanah air. Wang ini telah disalurkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Walaupun krisis besar di Mesir merupakan salah satu faktor utama kenaikan harga minyak dunia, PETRONAS masih lagi mampu menghulurkan bantuan demi memastikan rakyat Malaysia di negara tersebut pulang dengan selamat.





Jelas PETRONAS merupakan Syarikat Petroleum yang memberi perkhidmatan terbaik di dunia. Malah, Kerajaan Malaysia melaui PETRONAS juga akan sentiasa berusaha memastikan harga minyak di Malaysia sentiasa dikawal dan tidak membebankan rakyat. Usaha PETRONAS yang sedaya upaya mengekalkan harga minyak petrol RON 95 sangat tepat kerana ianya merupakan pilihan utama rakyat Malaysia terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Setakat hari ini, harga Petrol dan Diesal di Malaysia adalah yang terendah sekali jika dibandingkan dengan Negara2 membangun lain termasuklah yang mengeluarkan hasil minyak. Pembangkang yang tidak pernah putus asa mencari jalan untuk menjatuhkan Kerajaan melalui Petronas hari ini terkedu seketika dan terpaksa memikirkan strategi lain bagi menjatuhkan krelibiliti BN melalui syarikat tersebut.


1 comments:

Jeffry said...

YG PROTES TU SEME DAH KENE PAU BROO. TAU KE DIORANG NAK BERSYUKUR DGN NIKMAT YG ALLAH DAH BAGI MELALUI KEPERIHATINAN KERAJAAN YG ADA SKRG? TARAKKKK...ZERO!..MCM OTAK ANUWAR JUGAK..BYK TAIK PROPAGANDA JEK! KEHKEHKEH

Powered by Blogger.