Feb 16, 2011

PEMIMPIN PAS PULA HINA IBU MERTUA ZAHID HAMIDI!!





Sebelum ini beberapa blog Pro Kerajaan telah mengkritik hebat tindakan sebuah blog yang menghina kematian Ibu Mertua Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Tindakan blogger ini telah menampilkan keperibadian sebenar parti PAS itu sendiri yang menyalak kononnya memperjuangkan Islam. Akan tetapi, Melayu CinDia mendapat maklumat bahawa individu yang mengendali blog tersebut merupakan seorang yang berjawatan dalam PAS. Penghinaan ini juga membuktikan PAS adalah punca sebenar berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam walaupun di saat kematian saudara seAgama sendiri. Apa niat sebenar PAS menggunakan isu kematian sebagai alat pancing bagi meraih sokongan?




PAS sewajarnya membuang tabiat buruk fahaman sempit politik mereka dengan mengucapkan Takziah kepada Datuk Seri Zahid Hamidi serta keluarga beliau. Walaupun mempunyai fahaman politik yang berbeza, ianya bukan sebagai alasan yang masuk akal untuk menggunakan isu ini bagi menyerang politik Naib Presiden UMNO ini.

Jika benarlah blogger ini merupakan salah seorang pemimpin PAS, tampil dan menyatakan pendirian secara terbuka. Melayu CinDia sarankan kita ke blog ini dalam kita serang melalui komen2 di artikel tersebut. KLIK DI SINI untuk terus ke blog tersebut.



3 comments:

YB Raz said...

apa nak pelik dengan blogger pas ni.Nik aziz sendiri terang terang dah menghina Allah s.w.t. kalau dah tok guru sendiri sesat, apatahlagi anak muridnya.

Anonymous said...

ia lah! nak pelik apa? nyata sesat nya..

Anonymous said...

JAGALAH KESUCIAN SEMUA RUMAH-RUMAH ALLAH DISEPANJANG PRK

Kepada semua pihak yang berkuasa tempatan kawasan yang berlangsungnya PRK dan kawasan sekitarnya (seperti JKKK, RELA, J/K Masjid & Surau, Ketua-ketua Kampung, Peghulu, Majlis Daerah, POLIS, Jabatan Pertahanan Awam, Persatuan Belia, Badan Bukan Kerajaan, Guru-Guru Sekolah dan sebagainya.

Saya, selaku pemerhati bebas setiap PRK menyeru semua pihak bergembeling tenaga untuk mengawal segala Masjid, Surau atau Madrashah dari dijadikan puast penempatan gelandangan sempanjang PRK Merlimau.

Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan bermehrajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka. Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.

Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema'ah wanita dan sebagainyan.

Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi'sabillillah. Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi'sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.

Mereka juga tidak segan - silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.

Sekian sahaja harapan saya semoga semua musafir yang menumpang munaikan kewajipan bersolat di RUMAH-RUMAH ALLAH dapat beribatat dengan khyusu’.

Powered by Blogger.