Feb 4, 2011

PELAJAR MALAYSIA AKAN JADI TEBUSAN DI MESIR!!





Melayu CinDia memetik gambar ini yang telah ditangkap oleh salah seorang wartawan Agenda News yang turut menyertai rombongan media ke Mesir semalam. Seperti pengemis di Negara orang. Mereka merayu pada mana2 pihak yang sanggup menghantar mereka pulang ke tanah air.





Melayu CinDia juga mendapat berita bahawa pelajar2 Malaysia di Mesir terpaksa berkurung sepanjang masa dan sehingga semalam, sudah ada di kalangan pelajar2 di sana sudah mula terpaksa ikat perut dek kerana kekurangan sumber bekalan makanan dan wang. Ini semua berpunca dari rusuhan gergasi yang berlaku di Negara tersebut.

Melayu CinDia amat khuatir dengan keselamatan mereka. Apatah lagi keluarga mereka di Malaysia. Bangsa Arab apabila memberontak mereka memang tidak lagi bersikap rasional. Lebih membimbangkan jika mereka akan mencari tebusan bagi mempercepat misi mereka. Bayangkanlah jika antara tebusan tersebut merupakan pelajar2 ini. Apa perasaan kita?

Harap mereka akan dapat meninggalkan Mesir secepat yang mungkin. Dan berdoalah, agar segala2 nya kembali aman.

0 comments:

Powered by Blogger.