Feb 14, 2011

PAS RANCANG PECAT MUSTAFA ALI ??





Mustafa Ali bakal berdepan dengan musibah besar akibat keceluparan mulutnya menyokong apa jua tindakan UMNO demi Melayu dan Islam. Pada Simposium Dilema Melayu di PWTC baru2 ini, Mustafa Ali telah bertindak menjadi jurucakap PAS dan menegaskan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu serta Islam itu masih boleh dipertahankan dari sudut kapasiti parti masing-masing.




Perlu diingat, tidak wujud perkataan hak hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan PAS. Umpan mudah untuk menabur jarum fitnah ... Mustafa Ali semakin rapat dengan perjuangan UMNO. Juak juak 'Erdogan PAS' milik Anwar Ibrahim semakin gatal untuk melibas tangan dan kaki Setiausaha Agung PAS agar karier beliau cepat berkubur dalam parti tersebut.

Juak juak ini sudah lama mengelilingi dan menyentap 'kerandut' Nik Aziz untuk lebih menyebelahi Anwar Ibrahim dalam apa jua tindakan parti PAS. Peluang terbaik untuk melaga lagakan Mursyidul Am dan Setiausaha Agung mereka.

Mustafa Ali pernah dilihat sebagai salah seorang tenaga penggerak Kerajaan Perpaduan sedangkan Nik Aziz cukup menentang apa sahaja yang dikaitkan dengan UMNO. Setiap kenyataan dan tindakan Mustafa Ali cukup berbeza dan kontra dengan kenyataan dan pandangan Nik Aziz.

Kedatangan Mustafa Ali ke Simposium Dilema Melayu bakal dijadikan umpan untuk 'pancung' karier Setiausaha Agung PAS ini.


GWM : Pasti ada suara dalam PAS dan Harakahdaily yang akan menghentam Mustafa Ali kerana hadir pada majlis UMNO.


Post by... Melayu Atas Pagar

5 comments:

Anonymous said...

mustafa ali tahu.. pas semakin sesat. sepatutnya pas sendiri menolak nik aziz, jauh terpesong dari perjuangan asal.

Anonymous said...

Mustafa Ali adalah salah seorang tokoh dari PAS yang perlu dihormati... malahan kita mahu lihat lebih ramai lagi dikalangan mereka yang mengikuti jejak/cara beliau demi perpaduan melayu/islam. Lupakan saja ulanyak/bustad seperti N.Ajis tu.

vulcan933 said...

org fanatik susah utk di ubah.salah pun dia anggap betul.itulah org pas.dia terjun dgn labu2nya

Anonymous said...

nik aziz perlu digulingkan macam hosni mubarak.. semua mau ikut pale dia..

prihatin said...

Soalnya adalah perpaduan untuk kebaikan ummah. Yang dulu hadir UMNO, PAS adalah serpihan, tak setuju satu hal, keluar jemaah, jadi ciri2 khawarij tu ada, tak taukah pesan nabi, walau hartamu di ambil, punggungmu dicabuk, jangan melawan, ia akan menyebabkan mudharat yg lebih besar. Inilah mudarat yg kita hadapi, kaum kita yg muslin makin tertindas, lemah ekonomi dan makin terancam. Jadi bila nak sedar, bila nak kembali ke pangkal jalan. Adakah dunia dan jawatan amanah yg direbut?

Powered by Blogger.