Feb 27, 2011

PAS PAHANG KATA PKR BODOH SOMBONG!!





PKR Pusat ternyata cuba untuk mengambil hati dan perasaan Jentera PAS di Merlimau setelah tercetusnya pertelingkahan AMK dan Dewan Pemuda PAS Pusat yang sebelum ini berebut hendak bertanding di salah satu DUN di Melaka itu. Ini telah menyebabkan PAS Pahang kecewa dan mempersoal komitmen PKR di PRK DUN Kerdau yang dilihat lebih berpotensi untuk menang jika dibandingkan dengan DUN Merlimau. Beberapa jentera PAS di DUN Kerdau mengakui, PKR tidak memberi komitmen sepenuhnya dalam membantu kemenangan di sini. Mereka juga agak muak dengan laungan PKR sebelum ini di ceramah2 seluruh Negara mengatakan PKR mempunyai kekuatan tersendiri untuk merampas Pahang dari genggaman BN. Kononnya kemenangan pecah tradisi di 2 Parlimen di Pahang menggoncang aura BN Pahang. Akan tetapi, DUN Kerdau membuktikan sikap bongkak PKR yang kononnya mampu menumbang sebuah Negeri kelahiran Perdana Menteri. Salah seorang jentera PAS mencabar pemimpin2 tertinggi PKR tunjukkan kekuatan mereka di DUN Kerdau jika benar mereka mempunyai aura tersendiri di Negeri ini.


0 comments:

Powered by Blogger.