Feb 17, 2011

PAS ISYTIHAR TUN M PEMIMPIN DAJAL JAHILIYAH !!





NIK AZIZ LEBIH JAHIL!! Itu jawapan paling pedas pernah Melayu CinDia berbanding dengan pemimpin2 UMNO yang lain. Akan tetapi, beliau bukan lagi Pemimpin UMNO. Sudah bersara. Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed hari ini menjelaskan bahawa Nik Aziz lebih jahil jika dibandingkan dengan pengundi2 di Tenang yang mengundi UMNO pada PRU DUN Tenang yang lalu. Nik Aziz kata Tun M tidak fokus dalam memperjuangkan Islam di Malaysia dan membiarkan Islam terus dijadikan bahan mainan politik bukan sahaja di kalangan PAS, malah di kalangan Pemimpin2 DAP sendiri. Inikan pula hendak memperjuangkan Islam di dunia. Nik Aziz sebelum ini menyerang Tun M yang merupakan Pemimpin Jahiliyah yang diikuti semua ahli2 ekstrimis UMNO. Beberapa pemimpin PAS sendiri pernah menggelar Tun M sebagai Dajal yang sentiasa cuba memegang kuasa walaupun telah berundur dari politik





Tun M juga dakwanya tidak dapat membayangkan wajah pemerintahan Islam yang dicanang Diktator PAS itu setelah duduk sebaris dengan pemimpin2 DAP yang secara terang menolak Islam dan hanya memperdaya parti tersebut untuk mendapat kekuatan pengundi Melayu. Sungguh jahil perjuangan Nik Aziz.

Tun M juga berkata, jika Nik Abdul Aziz membuka mata dan memasang telinga, mungkin dia akan melihat perjuangan UMNO untuk Islam. "Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama Islam, bukan sahaja di Malaysia tetapi di mana sahaja orang Islam ditindas. "Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz," katanya yang juga bekas Presiden UMNO.



7 comments:

Anonymous said...

Tahniah Tun M. semoga islam sejati akan subur di Malaysia.

Anonymous said...

Perangai Nik Aziz itu memang typical perangai orang tua dari ulu tak kira dari parti mana pun.. degil dan dia sahaja yang betul.. orang macam ni memanmg tak boleh jadi pemimpin langsung, tak kira lah alim atau tak.. cuba reflect mana mana org tua yang kita kenal.. makin tua, makin bongkok, makin perangai kebudakan, makin dekat ke kubur..

Anonymous said...

Sebab dajjallah mantan PM dah berhenti. Yakni tidak mabuk kuasa. Kalau dia bukan dajjal dah tentu beliau masih bernafsu pertahankan kuasa duniawi macam MB Kelantan.

Sebab jahilliyahlah mantan PM, bina banyak pusat pendidikan tinggi yakni sifat jahilliyah ialah cintakan ilmu. Kalau beliau tidak jahilliyah sudah tentu lebih banyak patung tok peko siam yang naik mace di Serambi Mecca.

kah kah kah

Anonymous said...

PAS memang pakar isytihar dan mengata. Walauapa pun kita tidak akan dapat membalas segala jasa baik Tun M pada kita khasnya orang Melayu dan Malaysia.

Apa Jasa PAS selain memecahbelahkan orang Melayu hingga sekarang? Namakan satu Jasa PAS pada kita semua jika ada.

Dulu sibuk suruh Tun M berhenti dah tualah dah nyanyuklah, sekarang BILA Nik Aziz nak berhenti? Kalau berani serahkanlah jawatan MB tu pada orang lain, kita nak tengok.

Kalau orang lain semua tak betul, tualah, nyanyuklah, jahilah,- cermin je lah diri sendiri dulu.

Anonymous said...

Nicky Ajis memang arif dlm agama islam tetapi tak menyeluruh seperti apa yang dituntut oleh islam. Maka sebab itu Nicky Ajis cakap tak serupa bikin.

Anonymous said...

yg aku nampak, Tun M lebih byk membangunkan dan mepertahankan Melayu dan Islam berbanding yg mengata itu..

Anonymous said...

Nik Aziz tu Ulamak PAS, bukannya Ulamak Islam. Sebab tu macam-macam fatwa atas kepentingan PAS dan dirinya yang dia keluarkan. Akhir-akhir ini kenyataan nya makin mengarut dan tak masuk akal. Cuma kelebihannya dia jamin dia dan pengikutnya, yakni orang-orang PAS, jamin masuk syurga. Rasulullah SAW ada menyebut nama sahabat-sahabatnya di jamin syurga. Takkan Nik Aziz juga boleh menjadi penentu ahli syurga. Moga Allah mengampunkan kesilapannya.

Powered by Blogger.