Feb 25, 2011

PAS HAMPIR MATI DITEMBAK MB PAHANG!!





"Saya tengok sijil dia, kalau dia tak lulus tinggi, takkan saya nak ambil dia bekerja sebagai pegawai khas agama kepada menteri besar. Bodohlah saya ambil orang tak ada kelulusan. Tuduhan mengatakan dia tak ada kelulusan, itu satu pembohongan dan fitnah. Jangan cabar BN Pahang. Jika kita serang mereka lari lintang pukang PAS nanti," kenyataan berani dari Orang No. 1 Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menepis dakwaan PAS bahawa Ijazah yang diperolehi calon BN DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad adalah palsu semata2.




Beliau didakwa tidak lulus semasa belajar di Universiti Al-Azhar dan dituduh membeli ijazah dari universiti berkenaan. Syed Ibrahim yang lebih dikenali sebagai 'Syed Ibra' di kalangan penduduk tempatan hanya tersenyum lebar ketika ditemui pemberita bagi mengulas perkara berkenaan.

Akan tetapi, beliau tidak akan melakukan fitnah busuk seperti mereka kerana ianya ditegah Agama. Beliau juga berpesan kepada penyokong2 BN tidak tidak bertindak mengilkut emosi seperti PAS kerana orang sebegitulah yang sebenarnya tidak berilmu dan sanggup menipu rakyat seolah2 pemimpin mereka kesemuanya lahir dari golongan Ulama' bertauliah. "Biarlah apa orang nak kata, kita tak boleh ikut dia (penyokong dan parti pembangkang), dia macam-macam boleh kata, kalau kita jawab lebih pun tak guna. Biarlah rakyat tahu sendiri," katanya.

Syed Ibrahim yang juga Naib Ketua UMNO bahagian Kuala Krau adalah lulusan dari Universiti Al-Azhar dalam bidang Bahasa Arab. Beliau juga mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kuala Krau dan di Sekolah Menengah Agama Al Khairiah Temerloh sebelum menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar pada 1989 hingga 1996.

DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan Sabtu ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian ditetapkan pada 6 Mac depan.


4 comments:

Sudir said...

Apa salahnya.. Sekurang-kurangnya pernah belajar di Al-Azhar.. Apa pulak cerita seorang Ahli Parlimen yang hanya lulus SRP jer..

Fadzrul Hisyam said...

Semoga Ustaz Syed berjaya dalam PRK nanti.

Hahn said...

Mengapa PAS fikir macam tu. Entah entah N.ajis memang beli Ijazah Universiti Al-Azhar kot.

Sebab orang tua tu bodoh bongok betul...

Anonymous said...

Memang Pun N.ajis belajar di India (bidang ilmu mantik - tapi mengajar tafsir Quran) dan pegi celup di Universiti Azhar. Sebab itu cara dia mengajar ikut kepala dia je yang kononnya banyak iilmu. Manakala ulamak-ulamak bisu dalam PAS ( Termasuk Dr. Harun Din)tidak berani menegur keceluparan dan keborosan mulutnya yang bocor penapis itu. Sesungguhnya dia adalah Tok Guru PAS bukan Tok Guru yang menjadi pendakwah Ilmu Islam.Dia berjaya memimpin pengikut PAS yang kuat berakidah PAS. Mereka menganggap kalau ada pengikut/ahli PAS yang keluar parti bermakna keluar Islam. Inilah kumpulan Khwarij zaman moden yang akan dikaji oleh ilmuan agamawan yang hidup selepas lapisan kita nanti. Mohon Allah meredai kehidupan kita semua dan menjauhi golongan/puak pelampau (ghuluw) tersebut.

Powered by Blogger.