Feb 8, 2011

NIK AZIZ KATA MERLIMAU MILIK PKR, BERI AMARAN PADA PAS !!





Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar yang semakin kemaruk mahu wakil AMK bertanding di DUN Merlimau telah menggunakan kuasa Diktator PAS, Nik Aziz Nik Mat agar memberi kerusi DUN tersebut kepada PKR serta merta. Umum mengetahui bahawa Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Tantawi yang mewakili Kumpulan Pro Ulama' PAS membantah dan memberi amaran agar PKR tidak merampas kerusi tersebut untuk bertanding pada DUN Merlimau.




Respons Nik Aziz sepertinya positif untuk merestui rampasan kerusi DUN tersebut kepada PKR. Semalam, Shamsul memuji keberanian Nik Aziz yang mahu perdebatan secara terbuka diadakan setelah 'fatwa' terbaru beliau menggelar pengundi2 UMNO sebagai golongan Jahiliyah dikritik hebat semua pihak termasuklah dari kalangan Mufti2 Negeri.

Pelik? Setakat hari ini, tiada pula kenyataan dari pihak Nasrudin Tantawi menyokong perdebatan ini. Alih2, Shamsul dan AMK pula yang membuat kenyataan menyokong Menteri Besar Kelantan itu

Inilah kesannya apabila kuasa yang diberikan sementara ini disalahgunakan. Al maklumlah bukan senang PKR dan PAS dapat kuasai politik tanah air. Baru menang sikit, sudah tunjuk taring. Seolah2 menang besar. Walhal mereka lupa, kuasa mereka sebenarnya dalam genggaman DAP.

Susah2 sangat, tak payah bertanding. Bagi saja BN menang. Taknak. Tak ada maruah katanya. Yang mereka gaduh berebut hendak kuasa, ada maruahkah? Nik Aziz kini bukan lagi Mursyidul Am PAS, akan tetapi kini lebih layak diberi jawatan Mursyidul Am PKR.

0 comments:

Powered by Blogger.