Feb 20, 2011

NIK AZIZ DESAK BANGSA MELAYU DIHAPUSKAN!!






Semalam telah berlangsung 1 Konvensyen yang telah diadakan di Shah Alam, Selangor. Konvensyen tersebut dihadiri oleh beberapa Pemimpin PAS dan PKR termasuklah Nik Aziz, Hadi Awang dan Saifuddin Nasution yang bertindak sebagai panel. Dalam ucapan Nik Aziz, beliau telah menggamatkan Dewan tersebut apabila menghina dan mencerca bangsa Melayu yang digelar sebuah Bangsa yang Dikeji. Malah beliau sendiri jijik mengaku dirinya sebagai Melayu. Nik Aziz berpendirian Bangsa Melayu tidak sepatutnya wujud di muka bumi ini kerana Melayu sebuah Bangsa yang rosak. Beliau mengambil contoh Perjuangan UMNO yang mempertahankan Bangsa Melayu. Beliau melihat UMNO rosak akhlak dan moral, tidak menerima PAS kerana perjuangan Islam dan bersikap retorik dalam mentadbir Negara. Inilah bangsa Melayu yang diagung2 kan. Nik Aziz tidak menghadapi sebarang masalah jika Melayu dihapuskan, kerana bagi beliau, Islam adalah perjuangan sebenar. Beliau juga sanggup bersekongkol dengan Syaitan bagi menjahanamkan UMNO dan tidak dapat dinafikan, DAP lebih mulia sifatnya jika dibandingkan dengan UMNO. Kenyataan Nik Aziz ini telah mengejutkan hampir kesemua panel yang turut serta termasuklah Hadi Awang. Hadi Awang dilihat berang dengan kenyataan melampau Diktator PAS tersebut.


8 comments:

Anonymous said...

Dengar ceramah politik hamPAS ini memang sedap....ceramah "menyalahkan orang lain" dan "meyalahkan diri sendiri"... cuba tanya balik pada Pok Nik cara mana nak hapuskan bangsa Melayu ??? ada cara kah ???

Yang aku tahu penghapusan Etnik ini tidak lain cara BUNUH lah... maka terfikirkah Pok Nik yang Anak Cucu dan Diri Pok Nik pun akan termasuk dalam Senarai ????

Cakap main sedap mulut aja...

Anonymous said...

Aku tengok si tua ni dah makin jauh menyimpang dari Islam.

Aku syorkan, Ustaz Harun Din tolong tengok sikit si tua ni kot kot dah termakan ubat guna-guna atau dah terkena sihir yg diberikan oleh seseorang(!?!?)

Kalau dah terkena, disyorkan, kita rawat beliau sebelum beliau mati. Takut tak sempat nak bertaubat...

Kesian si tua ni

Anonymous said...

Saya syorkan, pengikut PAS yg sederhana perlu menggerakkan satu usaha dari dalam untuk menyingkirkan pemimpin pemimpin yg byk merosakkan imej PAS hari ini...

Tolonglah..!!! kalau anda tidak mahu PAS akan menjadi Parti yg tak relevan lagi disebabkan tindakan pemimpin pemimpin mereka yg gila kuasa, tak berpendirian, sanggup menggadaikan prinsip perjuangan Islam..

Mari kita bangkit!!! Kita sokong Hj Hadi dan Nasharuddin yg menyokong perpaduan dgn UMNO..

Anonymous said...

Asyik syok mendapat pertolongan syaiton. Muka pun dah jadi mirip syaiton jelmaan.

Anonymous said...

bukankah hampir 100% org melayu di negara ini beragama Islam? klu beliau boleh mengislamkan semua ahli dap, kami akan terus berjuang utk pas dan Islam..tp jika berkawan dgn dap yg menolak hukum Islam dan negara Islam, maka kami akan berpaling dari pas...sekian

Pak Tam said...

Pas tak relevan lagi dengan perjuangan islam. Hanya retorik. Apa kah Islam semakin subur sejak PAS bersama dengan PR. Jawabnya Islam semakin dihina, kaum lain semakin naik tocang. PAS diperlembukan oleh PKR dan DAP. Hanya UMNO yg mampu. Seburuk2 UMNO pun sudah begitu banyak jasa yg dpt kita lihat. Tapi PAS habuk pun tarak!!!!

Anonymous said...

Betul ke ni.. kalau betul senang aje.. kalau ada record konvensyen ni lagi bagus.. kita mainkan record ni pada pilihanraya kat Merlimau dan Kerdas nanti.. main ulang ulang guna loud speaker macam MC kat Globe tu buat.. BN tak payah kempem pun tak apa.. Lepas tu kita tengok result pilihan raya tu.. Adakah Melayu semua dah bersedia.. Hanya Melayu dalam PKR aje yang dah bersedia.. bersedia..

Anonymous said...

Mana melayu dalam PKR dan PAS ni.. Sekarang siapa yang gadai maruah Agama, Bangsa dan Negara ?? .. Apa kata anda semua.. Mari sama sama kita menemplak parti-parti ini.. TIDAK AKAN HILANG ISLAM dan MELAYU DI BUMI MALAYSIA INI..

Powered by Blogger.