Feb 13, 2011

NAJIB BALUN KETUA UMNO BHG. YANG PEMALAS !!





Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui wujud masalah dalaman di peringkat Bahagian tetapi tidak sampai parti menjadi rapuh seperti parti lain atau ada kalangan ahli meninggalkan UMNO. Sehubungan itu, Presiden UMNO itu berkata, kepimpinan parti akan berusaha membetulkan selisih faham di peringkat berkenaan walaupun tidak dapat menyelesaikannya seratus peratus.




“Tetapi kita boleh redakan keadaan sehingga tak menjejaskan kemampuan pengurusan dan pentadbiran di bahagian. Kita mesti menguruskan perkara ini sehingga diminimakan atau tidak jejas kelicinan peringkat Bahagian,” kata Najib dalam sidang media selepas bertemu Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang bukan ahli parlimen di PWTC.

Najib berkata, dalam pertemuan itu, beliau dan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dapat mendengar masalah dalaman itu dan menasihatkan apa perlu dilakukan supaya pimpinan parti diperingkat Bahagian lebih padu. Beliau mengakui sessi pertemuan itu amat berguna walaupun ambil masa panjang dengan beliau sendiri duduk di kerusi bermula jam 8.30 pagi hingga 1.30 tengahari.

“Saya dan Setiausaha Agung dapat dengar hasrat mereka dan rintihan rakyat yang disampaikan serta dapat ambil tindakan membantu mereka,” katanya. Walaupun penat dengar macam-macam perkara diluahkan Ketua-Ketua Bahagian itu, Najib masih sempat seloroh dengan kumpulan wartawan yang menunggu sidang medianya.

“Selain daripada tarikh pilihanraya, boleh tanya lain,” pesannya sebelum sidang media berkenaan sekaligus mengundang ketawa kalangan petugas media.


Laporan Terbaik dari AGENDA NEWS

0 comments:

Powered by Blogger.