Feb 22, 2011

MB IN WAITING - HASAN ALI ISYTIHAR SOKONG AZMIN ALI??





Umum mengetahui mengenai krisis terbaru yang dihadapi pimpinan PKR Selangor akibat daripada pengumuman secara mengejut MB Selangor, Khalid Gagap yang mengakui sedang merancang untuk membuat rombakan Exco dalam masa terdekat ini. Pengumuman Khalid ini langsung tidak diketahui oleh mana2 pihak terutamanya beberapa Exco di bawah beliau. Ini telah menyebabkan ramai mahukan penjelasan dari ADUN Ijok tersebut mengenai hal ini. Secara tiba2, muncul individu yang bakal digelar 'Hero Selangor' iaitu Azmin Ali mengkritik tindakan Khalid Gagap yang disifatkannya sebagai Gila Kuasa. Azmin Ali dilihat menjadi pembela Exco2 yang dikatakan tidak lagi sebulu dengan Khalid Gagap. Hari ini, salah seorang Exco Selangor dikatakan telah menemui beberapa orang kanannya. Pertemuan sulit itu dikatakan membincangkan soal Kepimpinan Kerajaan Negeri. Ada usaha yang cuba diperhalusi untuk menukar MB Selangor bagi mengembalikan keyakitan masyarakat Selangor. Hasan Ali dijangka akan bersama Azmin Ali untuk menjatuhkan Khalid Gagap. HAH??




Menurut sumber2 dalaman Pakatan Selangor, Hasan Ali bersedia untuk menyokong Azmin Ali jika Khalid Gagap ada niat untuk membuang beliau dari barisan Exco Kerajaan Negeri. Ini berikutan beberapa kenyataan dan pendirian beliau yang memberi liabiliti kepada Kerajaan Negeri Selangor. Hasan Ali juga dikatakan telah memperjelaskan masalah Kerajaan Negeri kepada Sultan Selangor tanpa pengetahuan Khalid Gagap.

Azmin Ali telah menggunakan kesempatan ini untuk menggunakan Hasan Ali untuk menjatuhkan musuh politiknya iaitu Khalid Gagap dan kuncu2nya. Namun, Hasan Ali belum menyatakan sebarang pendirian rasmi mengenai hal ini. Ianya bergantung kepada kedudukan beliau di dalam Exco. Hasan Ali sebenarnya telah mengugut Khalid Gagap yang akan bersama musuhnya jika namanya tidak lagi tersenarai dalam barisan Exco baru yang akan dirombak.

Ini yang diceritakan oleh beberapa individu berpengaruh dalam Pakatan Selangor. Bagi Melayu CinDia, sesuatu yang amat merugikan apabila Hasan Ali bersama Azmin mahupun Khalid. Kerana kedua2 nya mempunyai misi dan agenda yang sama. KERAKUSAN KUASA. Hasan Ali sewajarnya muhasabah diri terlebih dahulu. Jangan biarkan diri anda dipergunakan sekali lagi.



0 comments:

Powered by Blogger.