Feb 23, 2011

MALAYSIA BAKAL ALAMI BENCANA GEMPA BUMI??





Malaysia, sebuah Negara yang terletak di garisan Khatulistiwa. Sebuah Negara yang strategi bukan sahaja untuk menjalankan aktiviti2 ekonomi, malah Negara ini beruntung kerana walaupun dikelilingi dengan Negara2 yang sentiasa mengalami Bencana Alam yang kritikal seperti Gempa Bumi dan Letupan Gunung Berapi, Malaysia terselamat. Akan tetapi, sejak akhir2 ini kita sering dikhabarkan dengan gegaran di beberapa kawasan yang seakan2 mengalami Gempa Bumi. Antara Negeri yang kerap mengalami gegaran adalah di Negeri Pahang. Semalam, kita dikejutkan pula dengan satu lagi gegaran, bukan di Pahang, tetapi di Kuala Lumpur. Benarkah dakwaan mengatakan Malaysia kini tidak lagi terkecuali malah bakal mengalami nasib yang sama seperti di Indonesia? Gempa Bumi. Ikuti laporan mengenai bencana Gempa Bumi yang berlaku semalam di salah satu kawasan Kuala Lumpur iaitu di Pusat Bandar Damansara.




Satu gegaran kecil berlaku di dua daripada enam blok bangunan di kawasan sekitar bangunan pejabat di Pusat Bandar Damansara di Kuala Lumpur tengah hari tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai mengenai berlakunya gegaran kira-kira jam 12.45 tengah hari.

"Setibanya di lokasi, orang ramai di bangunan tersebut serta bangunan berhampiran mula menyelamatkan diri ke kawasan tanah lapang. Mereka mendakwa berlakunya gegaran di tingkat enam bangunan A dan E yang menempatkan sebuah kolej (Kolej Universiti MAHSA)," katanya ketika dihubungi.

Justify FullBeliau berkata, pihaknya kemudian melakukan operasi pemantauan di tingkat lima, enam dan tujuh bangunan tersebut bagi mengesan sebarang gangguan namun tiada sebarang kerosakan harta benda berlaku. Katanya, orang ramai dibenarkan memasuki bangunan itu semula kira-kira satu jam selepas ujian keselamatan selesai dilakukan. Sementara itu, jurucakap Jabatan Meteorologi berkata, pihaknya membuat pemeriksaan melalui sistem mereka di kawasan terbabit namun tiada sebarang tanda gempa atau gegaran berlaku.

"Dalam tempoh dua jam sejak kejadian ini dilaporkan, kami membuat pemeriksaan bagi mengesan sebarang tanda atau kehadiran gempa serta gegaran tetapi kami tidak menemui apa-apa. Kami tidak menolak kemungkinan wujudnya kerja pembinaan di kawasan terbabit yang membawa kepada gegaran itu," katanya


0 comments:

Powered by Blogger.