Feb 26, 2011

LIVE @KERDAU - UMNO & PAS WILAYAH BERGABUNG??





Alhamdulillah, Melayu CinDia selamat tiba di Kuala Krau untuk bersama2 membantu mengatur strategi bagi memastikan BN bukan sahaja menang, akan tetapi dapat memberi kesedaran kepada penyokong2 PAS agar bersama BN. Ketika berada di Lebuhraya Karak, secara tiba2 kelihatan beberapa buah kereta dan van dari UMNO Wilayah Persekutuan lalu di sebelah kereta yang Melayu CinDia naiki. Mereka sempat membunyikan hon tanda semangat juang untuk mencapai kemenangan di sana. Akan tetapi, 1 kejadian yang amat unik apabila terdapat beberapa buah kereta yang diletakkan bendera PAS di belakang mengiringi konvoi UMNO Wilayah. Adakah PAS turut konvoi bersama2 UMNO Wilayah ke Kuala Krau? Mungkin secara kebetulan rasanya kereta2 PAS berada di belakang konvoi tersebut. Akan tetapi, Melayu CinDia terfikir sejenak selepas melihat situasi itu, adakah 1 hari nanti UMNO dan PAS akan bersatu? Adakah 1 hari nanti akan terlihat Datuk Seri Najib bersama Hadi Awang duduk dalam 1 pentas? Entahlah. PAS sehingga hari ini kelihatan lebih sayangkan DAP daripada UMNO. Berjuanglah PAS... Sehingga Agama kita tergadai... Mungkin pada masa itu barulah PAS mencari kita.


Powered by Blogger.