Feb 24, 2011

KERAJAAN ZALIM!! - HARGA MINYAK NAIK LAGI??





Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi petrol RON95 pada RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini. Beliau berkata berikutan itu kerajaan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan itu.




"Kerajaan akan mengekalkan harga semasa, dan melihat opsyen atau alternatif lain walaupun tanggungan kerajaan bertambah. Setakat ini boleh tahan, untuk tidak naikan harga RON 95 dan diesel," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan kewangan 2010 Bank Rakyat di Kuala Lumpur.

Beliau berkata peruntukan bajet untuk subsidi (bahan api) tahun ini sebanyak RM10.3 bilion dan jika trend itu berterusan, ia akan mencecah RM14 bilion. Subsidi 10.3 bilion itu termasuk petroleum, RON95, diesel, gas LPG, gula, beras dan minyak masak. Disember lalu, harga RON95 dan diesel masing-masing meningkat lima sen kepada RM1.90 dan RM1.80 seliter.

Antara altenatif yang sedang dikaji ialah menyemak semula kuota petrol dan diesel yang diterima oleh pihak-pihak tertentu, katanya kepada pemberita. Ditanya bila kedua-dua kementerian akan memuktamadkan perbincangan itu, Ismail Sabri berkata ia akan dicapai secepat mungkin.

"Ia tidak akan mengambil masa yang panjang. Lebih lama diambil, lebih banyak subsidi akan ditanggung oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata harga barangan makanan juga meningkat, terutama produk import yang menyebabkan negara sebagai pengimport, perlu menanganinya. Mengulas sama ada harga barangan subsidi lain akan meningkat memandangkan harga bahan api tidak dinaikkan, Ismail Sabri berkata "kita tidak bercadang untuk menaikkan subsidi barangan lain".

"Mulai 1 Februari, subsidi untuk semua pengilang makanan dan minuman manis yang menggunakan gula sebanyak 500 metrik ton sebulan, dihentikan. Kerajaan dapat menjimatkan sebanyak RM128 juta," katanya memberi contoh tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menjimatkan peruntukan subsidi.


3 comments:

Anonymous said...

tolong siasat sekali aktiviti penyeludupan diesel bersubsidi ke negara jiran.sekat sekali pembelian minyak murah dari malaysia.klo x boleh,kenakan caj untuk kenderaan asing(ikut jenis)sebelum keluar dari malaysia.sepatutnya buat tindakan mcm ni dahulu sebelum mengambil tindakan menaikkan harga minyak ke atas rakyat.kerajaan skrg bukan x bagus,tp byk pembuat dasar dan pemikir2 yang suka mengambil keputusan jalan pintas sampai menyusahkan semua orang.

Anonymous said...

harga minyak dunia melambung kerana ketidakstabilan rantau arab...sape yg suka sgt dan menyokong demo dan kacau bilau itu? bukankah penyokong2 pembangkang? inilah akibatnya klu tak berfikir panjang, bila minyak naik nanti, tak pasal2 rakyat yg bersalah pun kena akibatnya..percayalah, yg akan bising dan condemn kerajaan adalah penyokong2 pembangkang...sepatutnya mereka tak layak bising pun sebab bukankah mereka menyokong ketidakstabilan di negara2 arab tu?

Anonymous said...

ralat : tak pasal2 rakyat yg tak bersalah pun kena akibatnya...

Powered by Blogger.