Feb 18, 2011

KECOH - ASHAARI MUHAMAD HIDUP SEMULA??





Melayu CinDia mendapat maklumat bahawa Al-Arqam kini telah diaktifkan semula malah kelihatan semakin agresif dikepalai oleh salah seorang isteri Pengasas Ashaari Muhamad iaitu Khatijah Aam. Pergerakan tersebut dikatakan kini kembali aktif setelah mendapat sokongan beberapa pengikut2 dari Luar Negara seperti Kemboja, Iran dan Indonesia. Sokongan tersebut telah memberi peransang kepada Khatijah Am untuk menubuhkan semula di Malaysia dan kini dilihat sedang bergerak di Rawang, Selangor. Selain itu, mereka juga seringkali mengadakan pertemuan besar yang dinamakan SIDANG PARLIMEN ROH setiap bulan bertujuan bagi manarik sokongan masyarakat. Melayu CinDia berharap pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat dapat bekerjasama membendung masalah ini dengan lebih agresif kerana ianya akan menyesatkan umat Islam. Jangan dipandang enteng dengan penubuhan semula Al Arqam kerana pertubuhan Ajaran Sesat ini pernah menguasai pengaruhnya di seluruh Malaysia satu ketika dahulu.



0 comments:

Powered by Blogger.