Feb 11, 2011

KE ARAH KRISTIAN AGAMA RASMI MALAYSIA !!





Melayu CinDia melihat Islam kini telah dilihat sebagai ancaman buat Agama2 lain. Memanglah ianya telahpun berlaku di Negara2 luar. Akan tetapi, apa yang Melayu CinDia maksudkan adalah Malaysia, sebuah Negara yang terkenal bukan sahaja dilihat sebuah Negara Islam yang menjadi contoh, malah kesucian Bangsa Melayu dijadikan rujukan buat Negara2 lain. Tapi kini, ianya semakin terhakis. Islam tidak lagi menjadi sebuah Agama yang dihormati. Islam sebagai Agama Rasmi hanya sekadar manifesto lapuk Zaman Kuno. Dokumen Perjanjian Perlembagaan Negara seperti disimpan di dalam Muzium sebagai sejarah silam yang tidak releven digunapakai. Kenapa? Isunya mudah sahaja. Hari Kekasih. Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia (Pemuda CCM) mempertikai sebuah rancangan talk show Islam bernama Halaqah yang tidak sensitif dan melampau. Semua ini berpunca dari seorang penceramah yang ditampilkan, Ustazah Siti Nor Baiyah dikatakan menghina Agama Kristian apabila menjelaskan isu Hari Kekasih.





Pemuda CCM mendesak agar pihak Kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap rancangan tersebut termasuklah Penceramahnya yang begitu biadap menghasut rakyat Malaysia yang menonton agar menolak sambutan Hari Kristian.

Lihatlah. Fikirkan sejenak. Pernahkah ianya berlaku dahulu? Ada kita dengar dahulu Agama2 lain mendesak Islam didakwa ke muka pengadilan? Kenapa semua ini berlaku? Melayu CinDia sedar semua ini berpunca akibat zaman pasca PRU 12 yang kononnya dikatakan Zaman Kebangkitan Rakyat. Kesemua rakyat Malaysia bersatu. Apa yang bersatu?

Inilah puncanya sebenarnya. Apabila ada DAJAL yang mengapi2 kan Agama lain kononnya berlaku kezaliman tahap kritikal oleh Kerajaan BN yang dikepalai sebuah parti Melayu dan Islam bernama UMNO. Dihasut hampir kesemua penganut2 Agama, diedar risalah2 di Rumah2 Ibadah membangkitkan semangat menentang dasar Kerajaan sedia ada. Malah yang lebih agresif, DAJAL inilah yang mendakwa Agama2 lain di Malaysia tidak diberi penghormatan dan dipijak seperti sampah oleh Kerajaan UMNO BN. Agama2 lain semakin bersuara. Menaikkan api kemarahan terhadap Agama Islam.

Melayu CinDia ingin bertanya, dahulu ketika mula2 rancangan Forum Perdana Ehwal Islam ditayangkan, punyalah banyak cerita dan kisah2 yang memaparkan kesesatan Agama Kristian, Yahudi dan beberapa Agama lain diceritakan. Kenapa pada ketika itu tiada mana2 pihak mewakili Agama masing2 bersuara? Hari Kekasih jangan ceritalah. Siap diiklankan sebagai satu sambutan yang boleh mendatangkan maksiat. Ada mana2 pihak bersuara?

Ini dakwah Islam. Tiada sesiapa berhak bersuara mempertikaikannya. Ini jelas, bukan? Ooo.. Lupa. Zaman Kebangkitan Rakyat. Mana boleh. Jika hari ini perkara sebegini berlaku, cuba bayangkanlah, 1 hari kelak, tiada lagi rancangan2 berbentuk Islam di kaca2 televisyen. Bukan itu sahaja, ceramah2 berbentuk Islam disekat. Hanya boleh dilakukan secara tertutup. Logik? Logik. Boleh berlaku.

Malah tidak mustahil, 1 hari nanti, Kristian dijulang sebagai Agama Rasmi Malaysia. Melampau sangatkah? Pada ketika itu, tak perlulah terpekik terlolong hendak pertahankan Islam. Kerana semuanya telah musnah.


ps : Siapakah DAJAL yang dimaksudkan itu?





11 comments:

Anonymous said...

1Malaysia 1Ummah. kalu dok faham tak tau la. kira semua sekali dalam satu ummah, semua agama dalam satu. kalu dlm islam tak boleh, kristian boleh. satu ummah, 1Malaysia. kalu nak bodek tahap ultraman atau peringkat darjat tinggi pun, pikir la dulu sebelum buat ....
nanti ada pendakwah kena gam, tak boleh masuk TV. kalu nak ceramah jgn dok kata agama lain tak betul. nanti kena report polis. rpk dah buat.
kita kena jaga perasaan org lain kerana pemimpin kita sangat perlukan undi mereka.

Anonymous said...

kalau nak rasa terbalik Malaysia ni cuba lah jadikan ugama selain Islam sbg ugama rasmi.....

Anonymous said...

Tanya Ostad Nik Aziz semua boleh. Kalau orang bukan Islam buat semua boleh.

Anonymous said...

Diaorang tengok halaqah jugak ke? Maknanya mereka selalu mengikuti dakwah Islamiah di M'sia ni, tapi bukan untuk membuka hati terhadap Islam, malah untuk mencari sesuatu yang boleh dihentam balik.

Pemuda TG said...

Yang pasti ni Nicky ajis tu mesti kata takpo takpo....semua beres...Melingkop....

Mohon dilink ke Blog Tuan

http://pemudatg1/blogspot.com

sgray said...

Pemuda CCM mendesak agar pihak Kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap rancangan tersebut termasuklah Penceramahnya yang begitu biadap menghasut rakyat Malaysia yang menonton agar menolak sambutan Hari Kristian..

Tell them to F***off...salah kah saorang ustazah menasihati dan menegur umat2 Islam yang keliru..bukan kah itu program agama Islam dan jelas kata2 yang di perkatakan hanya bagi umat Islam tanpa niat menghina agama lain..itu pun susah ke mereka nak faham.

Takkan lah hal2 camtu pun diorang tak faham...

Cuma cari gara2 aje tu...

Anonymous said...

ala ade video org kristian kat malaysia lau x silap dari sabah or sarawak hina islam dan nabi,ley plak x mnta maaf?fuck off la diorg ni.jgn gugat agama islam nti bru tau penangan anak2 gayong!

Anonymous said...

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN:
Perkara 11. Kebebasan beragama.
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
(2) .......
(3) .......
(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.

----------------------->>>>>>>
Mengapa MCA, Gerakan, DAP... terlalu melenting bila muslim menentang propaganda program kristian antara lain budaya menyambut hari valentine dikalangan penganut Islam? penetangan Muslim terhadap dakyah kristian ini sejajar dengan perlbagaan negara perkara 11 (4) dan 11(5)!

Apakah MCA, Gerakan, dap nak cabul perlembagaan? Mengapa kerajaan umno tak dakwa MCA, Gerakan ini dimahkamah? Apakah umno bersekongkol dengan kafir harbi MCA, Gerakan atau DAP nih?

Mengapa menteri penerangan UMNO, rais yatim, terlalu dayus... biarkan promosi hari valentine ni berleluasa di setiap saluran TV, radio,...? Yang rosak remaja melayu sekular.... kebebasan konon...

Anonymous said...

hiss pas dan pkr marah tu..!depa tu bukan nampak kepentingan perlembagaan meletakkan Islam Agama resmi dan boleh didakwahkan pada semua. Agama lain boleh diamalkan dengan bebas dan dakwah dikalangan mereka..bukan kat orang Islam tak leh laa...mereka kena faham MURTAD!!
Nak perjuangkan benda tu pun polimik bagi mereka...macam lawan tarik tali

Anonymous said...

Pasca PRU12 ZAMAN KEBANGKITAN RAKYAT BUKAN MELAYU.. Yang bersatu rakyat bukan melayulah terutamanya rakyat cina.. Menentang BN utk naikkan DAP.. Lepas tu cina boleh jadi PM dan kuasai malaysia macam kat singapore tu.. Ingat perak hampir hampir macam tu.. Tak kan baru sedar..

Rasanya hari ni dalam paper cakap Valentine day tu bukan hari sambutan christian, jadi apa nak bising bising sangat diaorg ni.. saja nak tunggu jawapan dan buat provokasi kat kerajaan BN.. Harap dapat komen SEGERA dari Nik Aziz tentang hari Valentine..

Tolong linkkan kat blog nik aziz..

Anonymous said...

That is what you call freedom of speech.. Macam juga negara negara eropah yang kononnya perjuangkan hak bersuara etc.. Masa dia org kutuk nabi muhammad dalam kerakatur tu tak ada apa apa tindakan pun diambil.. Jadi kalu betul betul nak ada freedom kenalah macam tu.. Janganlah nak melenting dan sebagainya.. Lagipun, samada kita akui atau tidak, memang betul banyak maksiat di buat pada hari valentine tu..

Powered by Blogger.