Feb 15, 2011

JAMIL BAHAROM BAKAL CALON MB KEDAH??





Sebentar tadi Melayu CinDia mendapat berita tentang rombakan jawatan Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Beberapa muka baru dilantik. Melayu CinDia tertarik dengan perlantikan Ketua Penerangan UMNO Negeri apabila ianya diamanahkan kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Ternyata tokoh Agama ini mampu memberi penerangan yang jelas mengenai perjuangan UMNO yang terang lagi jelas memberi kekuatan terhadap Agama dan Bangsa.




Akan tetapi Melayu CinDia berdiri bulu roma apabila mendapat Balackberry Messanger dari sahabat blogger iaitu Sahabat Gunung yang memberi maklumat bahawa Datuk Mukhriz Mahathir telah melepaskan jawatan. Bila baca balik, rupa2 nya lepaskan jawatan Bendahari UMNO Kedah. Bijak betul Sahabat Gunung.

Rombakan ini merupakan susulan pengumuman Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah memberi amanah kepada Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah memegang jawatan Pengerusi Perhubungan manakala Datuk Mukhriz yang sebelum ini memegang jawatan Bendahari UMNO Negeri telah dilantik memegang jawatan NO. 2 UMNO Kedah.

Jawatan Bendahari UMNO Negeri yang sebelum ini dipegang oleh Mukhriz dijangka akan diberikan kepada Datuk Ir Nawawi Ahmad. Mereka yang dilantik di dalam UMNO Kedah ini ada Krelibiti kepimpinan yang tersendiri. Ada juga dengar ura2 yang mengatakan jika BN menang di Kedah, jawatan MB akan diberikan kepada Mukhriz. Tidak kurang juga yang merasakan Jamil Khir Baharom layak kerana beliau berlatarbelakang Agama. Itu semuanya tidak penting. Apa yang lebih penting perkukuhkan parti dan tawan semula hati rakyat yang telah disuntik racun berbisa dari Pembangkang.

SYABAS UMNO KEDAH. INSYAALLAH, gandingan mantap ini akan mengukuhkan lagi UMNO Kedah seterusnya mampu memberi kejutan pada PRU 13.


ps : Terima Kasih juga kepada blogger Sahabat Gunung yang telah memberi info penting ini.

16 comments:

Anonymous said...

Jamil Khir Calon MB Kedah ... he..he..he. Takde orang lain ke. Dia tu Menteri Perasmi Program dan Penutup Program. Biasalah Orang KAGAT hanya hebat dalam tentera. Masuk aje politik tiba-tiba je jadi lembab dan tidak kreatif. Mcm jgk datuk Hamid Zainal Abidin dulu. Jenis mabuk glamour je. Tambah Jamil Khir yang pandai ceramah tapi buat kerja di Kementerian tiada kemampuan pun. Sama je dengan penceramah PAS. harap pandai cakap je tapi kerja hampas. Jangan lupa lak keluarga si Jamil Khir ini semua PAS termasuk ayah, mak dan adik beradik dia. Bahkan surau kat rumah dia pun orang PAS kuasai. Pada saya hanya fizikal dia aje nampak UMNO tapi jiwanya masih kental PAS. Tunggu dan lihat nanti......

Anonymous said...

Adalah lebih baik YB Datuk Mukhriz mahathir didedahkan sebagai Menteri Besar Kedah diperingkat awal lagi. Biar Beliau menerima seberapa banyak pengalaman sebelum memgegang balik jawatan utama di peringkat Pusat. sama seperti YAB Perdana Menteri kita DS Najib yang pernah pegang jawatan sebagai MB Pahang pada usia yang muda. Saya yakin dan percaya YB Datuk Mukhriz adalah calon masa depan Perdana Menteri untuk negara kita nanti. Insya'Allah berkat doa semua. Bukannya Jamil Khir yang berjiwa PAS itu.

Anonymous said...

maaf cakap jamil khir tu buleh ka pak dia orang PAS totok tu...

Hang horatio said...

buat anon2 yg membantahjika xsetuju itu hak kalian.tapi kali ini ana setuju sbb beberapa faktor..1st segala totok n kroni2 pasti akan ggt jari,kedua ini jamil ada ihklas dlm membantu rakyat..kite tgk dari mula die dlm atm..tanya lah anak2 buah mereka..ketiga ini jamil boleh kasi cuci itu puak2 pas di kedah,xpercaya?aku percaya.apa ada hal..

Anonymous said...

Hahahahhha Jamil Baharom kaki bodek. Cakap tak serupa bikin maka hancur lah Kedah. Takde orang lain ke?

Anonymous said...

Siapa kata Jamil Khir ikhlas dan rendah diri. Tanya orang dalam KAGAT. Watak dia lepas jadi Menteri berubah serta merta dengan keangkuhan dan riaknya.Apa tah lagi daripada masa KAGAT lagi dia dah gila glamour. Tanya orang keliling dia semua tau.
Berkaitan dengan anggapan yang Jamil boleh cuci orang PAS itu amat mengelirukan. Apa yang nak dicucinya sedangkan mak,bapak dan adik beradik Jamil Khir tu PAS totok. Yang ni Nik Ajis pun tahu. Masa jamil Khir ke Kelantan dulu pun disambut dengan mesra 'bagaikan orang satu parti'. Saya percaya yang kena cuci nanti puak-puak UMNO.Moga DS Najib berhati-hati dengan manusia ' hantu bungkus ' macam dia yang boleh menghancurkan UMNO kelak. Berhati-hati dengan Musang Berbulukan Ayam atau bahasa mudahnya 'PAS berbulukan UMNO'. Maaf kalau ulasan bersifat keterlaluan.

Hang horatio said...

ini lah masalah kalian yg dlm UMNO ni..buruk sangka dan terlebih buruk sangka...be positive kwn..ad BAIK NYE PERANAN JAMIL NI BILA PAS DAN UMNO BERBAIK2...JGN BANDINGKAN PAK DOL N GENG..BRHUBUNG KAGAT TU BOLEH ANDA BG TAU KNP ORG SEKELILING DIE CKP CMTU?SAPE ORG YG ANDA MAKSUDKAN?

Mohd said...

Si Jamil ni boleh diterima sbg MB Kedah jika PAS dan UMNO membuat Kerajaan Perpaduan!

TARANTULA said...

AKU SETUJU SANGAT2 'HANG HORATIO'

BANYAK SANGAT SONGEH KITA...BANYAK SANGAT NEGATIF..PATUTNYA KITA SAMA2 SOKONG BAGI KEDAH MENANG.

AKU YAKIN TUN M AKAN BANTU KALAU GANDINGAN MUKHRIZ & JAMIL PEGANG TERAJU UTAMA.

AKU NAK TANYA HANGPA,,SAPA LAGI YANG KEMAIH DI KEDAH NI ?"??

Anonymous said...

PAS UMNO, pas umno.....semua melayu.bertengkar sama sendiri....mampus le..cina dan hindu dok tuntut segala-gala.nak langkau kontrak sosial dulu.Lama2.....melayu akn tinggal batu n batang saja.

Hang horatio said...

ni lagi sorg magkuk hayun..UMNO dan pas dua parti politik terbesar melayu yg boleh ko harap kan..dari cite degang2 kedai kopi takat tang tu je smpai ke mana suara ko bedol?meh sama2 rapatkan saf.xslah pun berpolitik tp biar lah bijak..

abuarif said...

Memilih Pemimpin jgn lah ambil jalan MUDAH,,,,,,Jangan mudah Terpedaya IMAGE ISLAM dan WARAK,,,,,LIHATlah APA yg DOLLAH BODOWI kejakan UMNO,,LINGKOP negara,,,,,pura2 baik,mr clean,,sembahyang tunjuk TV,SURATKHABAr,,,,,orang melayu masih terpengaroh dgn IMEJ,,'PENGAJARAN TERBAIK dai kes PAKLAH",,,,,,,,,PEMIMPIN MESTILAH BERANI DAN TEGAS PERTAHAN HAK MELAYU dan ISLAM,,,,,,,,,apa jadi "DET KHALID ",,kaki ampu,balaci KJ,apa saja PAKLAH kata anggok,,,lingkop dan sanggop mengkhianati dan SABOTAJ TUN MAHATHIR,,hingga jatuh umno kedah hari ini ANGKARA "PEMIMPIN yg Dialantik kerana umno BODEK PAK LAH",,,,,,,,,,,,,"KEDAH MESTI CARI PEJUANG MELAYU di LETAK SEBAGAI PEMIMPIN BARISAN HADAPAN",,,,yg Sanggop Pertahankan Bangsa dari serangan musoh dalam apa keaadaan sekalipon,,,,,,,,,,,,,,KAUM lain MEMBERI tekanan yg CUKUp KUAT sekarang ini keatas ISLAM,,,,,,,,,,,,,,,jamil KHIR DOK BUAT APA???????Asyik main GOLF lagi KE?????????PI SIASAT TENGOK NAIK MENTERI TAK SAMPAI SEMINGGU S320 baru dah dihantar p rumah,,,,,,nasib baik sahabat nasihat,,,,bawa sembunyi mana,,,,,,,,,,,,,!!!

Anonymous said...

tak kisah la mana2 pun...kalau dia cuci sengketa umno pas lagi bagus...silap2 bergabung dua parti melayu islam itu...alangkah baiknya..

Anonymous said...

Jadi Menteripun sekadar rasmi pembukaan dan tutup majlis. Nak jadi calon MB Kedah lak hu.. hu.. hu.

Merc 320 tu mai pinjam jap. nak tunjuk kat orang kedah akan kehebatan Jamil Khir sebenarnya ada kat ne.

Anonymous said...

Janganlah nak laga lagakan pemimpin dalam UMNO.. Kita kena bersatu dalam parti dahulu barulah boleh bersatu untuk agama, bangsa dan negara.. Rasanya Najib tu pandai untuk memilih sebab tak nampak pulak asyik tidur macam paklah...

Anonymous said...

DS Najib bukan pandai pilih tetapi tersilap pilih. Ingat ke ada boleh pertingkatkan imej Bahagian Agama di JPM dan menjawab isu-isu Agama yang di timbulkan Parti Nik Aziz Wali Selipar itu. Rupa-rupa takde pun. Kerjabuatnya di JPM langsung tak nampak melainkan Merc. S 320 yang baru dibelinya untuk tukar imej konon. Nak jawab isu yang PAS timbulkan itu mmg tak terjawab sebab beliau sendiri berdarah dan berfikrah PAS. Sama fikrah dengan pengurusan utama JAKIM yang lepas pencen ni boleh cuba dekat-dekat dengan PAS untuk menjadi calonnya.

Powered by Blogger.