Feb 17, 2011

ISU BALIK PULAU - YUSMADI MAKI GUAN ENG!!





Isu Balik Pulau kini menjadi isu hangat di kalangan semua pihak berikutan pengedaran sebuah risalah 'My Balik Pulau' yang mempunyai unsur2 perkauman dan menghina Bangsa Melayu Pulau Pinang. Isu ini juga telah menyebabkan pertelingkahan di antara Ketua Menterinya, Lim Guan Eng dan ADUN Pulau Betong dari UMNO. Tidak kedengaran suara dari Ahli Parlimen Balik Pulau. Rata2 pengundi Melayu kawasan Parlimen tersebut hampir putus asa dengan MP yang mewakili PKR bernama Yusmadi Yusuff. Akhirnya, beliau bersuara. Bersuara mengenai isu terbabit. Akan tetapi, dikatakan sebelum beliau membuat Kenyataan Media semalam, Yusmadi telah menemui Guan Eng lalu memaki hamun Setiausaha Agung DAP itu. Yusmadi mendakwa Guan Eng gagal menangani isu ini sehinggakan pengundi di kawasan tersebut semakin hilang kepercayaan terhadap Kerajaan Negeri. Tindakan Guan Eng disifatkan beliau terlalu ego dan bongkak malah seperti bersalah dalam hal ini dan mengiyakan dakwaan ADUN Pulau Betong.




Yusmadi dikatakan turut mendesak Guan Eng segera ke kawasan Balik Pulau bagi memberi penjelasan yang sebenar jika benar risalah tersebut bukan dirancang DAP Pulau Pinang. Sebelum ini, Yusmadi dikatakan sudah mula tidak berpuas hati dengan Guan Eng kerana amat jarang sekali turun di kawasan Parlimen beliau dan meyakinkan kepada penduduk kawasan mengenai isu2 panas yang menjadi bualan masyarakat setempat.

Malah, Yusmadi tidak langsung diberitahu mengenai isu tanah yang akan dibangunkan di kawasan beliau bagi membangunkan sebuah Kolej. Kemuncak kemarahan beliau apabila risalah 'My Balik Pulau' diedarkan menyebabkan Yusmadi semakin naik angin lalu terus menyerang Guan Eng di pejabatnya.

Yusmadi nyaris2 merancang untuk menggunakan kesempatan Kenyataan Media semalam bagi menghentam kepimpinan Guan Eng, akan tetapi setelah dirunding bersama Timbalan Ketua Menteri 1, Dr. Mansor, akhirnya Yusmadi mengalah. Itupun jika dilihat kenyataan Yusmadi lebih terjurumus kepada kenyataan 'Play Safe' sambil menyalahkan kedua2 pihal iaitu UMNO dan Kerajaan Negeri.

Pernah satu ketika dahulu terdapat ura2 yang mengatakan bahawa Yusmadi akan bertindak keluar parti dan menjadi anggota Parlimen bebas. Namun, ianya tidak seperti yang didakwa.


7 comments:

Anonymous said...

boleh caya ka.... ajaib+pelik+heran

Anonymous said...

yusmadi.. bagiku.. wajahmu wajar di tapak kasutku...

Anonymous said...

alaa nama pun yusmadi..eh eh macam bunyi jawa aje!! tak iras2 penang mai

Anonymous said...

ader telok ka ..??? kah kah ..
bapak hang pon tak sokong macamana kami nak sokong
kencing kuat la lu broo

Anonymous said...

mr. falsampah, khakhakha

Anonymous said...

ISU BALIK PULAU - RISALAH INI KERAJAAN PUSAT YANG TERBITKAN. MACAMANA KERAJAAN NEGERI YANG DISALAHKAN.

ISU KECIK DIPERBESAR-BESARKAN HANYA KERANA NAK JADI CALON DALAM PRU AKAN DATANG

Anonymous said...

Tulahhh.. org penang pilih sgt parti pembakang.. lani hidup terkakang-kakang...

Powered by Blogger.