Feb 16, 2011

HISHAM JANJI AKAN HUMBAN ANWAR DALAM ISA??





Setelah diam membisu seribu bahasa, akhirnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bersuara. Terdengar suaranya mengenai keselamatan dalam Negeri. Terdengar suaranya mengenai Anwar Ibrahim. Apa yang Hishamuddin kata soal Anwar? Hendak sumbat Anwar dalam ISA?
Nampaknya tidak. Hanya memerhati. Beliau hanya merujuk laporan PERKASA yang mengatakan Kementerian Dalam Negeri telahpun mengarahkan polis supaya menyiasat laporan polis yang dibuat oleh PERKASA mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan kes liwat merancang untuk lari ke luar negara.

Beliau juga berkata siasatan itu di bawah pemantauan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sendiri. Katanya setakat ini tiga laporan polis berkaitan hal berkenaan sudah diterima.

“Kalau perkara ini benar ..ia tidak akan dibiar begitu sahaja,” Ini merupakan ungkapan ringkas beliau selepas menghadiri pertemuan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jentera BN untuk pilihanraya kecil Merlimau di Merlimau Isnin. Beliau menjelaskan apa juga tindakan hanya akan diambil sekiranya ada asas yang kukuh.

Ada komen? Entahlah.


5 comments:

ALahaI sI LunCAi said...

AKU YAKIN DAN PERCAYA, SELEPAS INI HISHAMUDDIN AKAN TERUS DENGAN TEGAS DAN BERANI MENGELUARKAN AMARAN DEMI AMARAN DEMI AMARAN DEMI AMARAN...

Anonymous said...

Aku dah mcm curiga dengan Kerismuddin ni. Rasa mcm dia ada 'hubungan gelap' je dengan pembangkang...

Anonymous said...

KERISMUDIN KATA, "WOIT! BERANI KORANG BLOGGER CAKAP AKU MACAM TU! AKU BAGI 'LAST WARNING' HAH! EKEKEKEKEKEKEK

Anonymous said...

amaran....lagi dan lagi amaran...
klu org2 kampung, boleh la bagi amaran sebab hati diorang baik, patuh pd undang2...klu bagi amaran kat org yg gelap hati, tak guna bro...bagi la amaran, smp kiamat pun depa tak peduli bro...

Anonymous said...

Janganlah ikut perasaan.. nanti binasa.. baguslah kalau anuar lari luar negara, nampak sangat dia salah.. lepas tu gerenti 100% PKR lingkup.. kalau harapkan Azmin and khalid gagap sahaja memang tak laku punya.. ini jalan terpantas untuk lingkupkan PKR.. kadang kadang berdiam adalah tindakan yang lebih baik..

Powered by Blogger.