Feb 4, 2011

HASAN ALI DESAK SPEAKER SELANGOR LETAK JAWATAN !!





Tindakan Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Kim menarik kesemua elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah bukan sahaja dimarahi pihak ADUN2 BN, malah beberapa pihak dari Kerajaan Negeri sendiri menganggap ianya 1 tindakan zalim dan tidak profesional. Exco PAS Selangor, Dr. Hasan Ali juga dikatakan antara individu dari pihak Kerajaan Negeri yang membantah keputusan tersebut.




Menurut beberapa penyokong PAS Gombak yang ditemui di sekitar Greenwood, Gombak berkata, Hasan Ali menganggap tindakan Speaker Selangor seperti membalas dendam terhadap ADUN Pelabuhan Klang. Ianya tidak sewajarnya berlaku kerana Badrul Hisham masih lagi memegang kerusi tersebut secara sah.

Hasan Ali juga dakwa mereka, akan sedaya upaya membawa laporan2 salahlaku pemimpin Pakatan Selangor langsung ke pihak Istana kerana pimpinan Selangor semakin agresif bersikap zalim. Ini menggambarkan bahawa Pakatan bermatlamat hanya untuk membalas dendam setelah diberi kuasa. Dan ini akan juga berlaku jika Pakatan menawan Kerajaan Persekutuan.

Terdahulu, Chang Kim telah mengishtiharkan Dun Pelabuhan Klang kosong berikutan Badrul Hisham mewakili kerusi itu gagal hadir ke Sidang Dun dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah Keputusan itu dibuat selaras dengan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 di bawah Artikel 69.

Lanjutan daripada tindakan Chang Kim, Badrul Hisham telah memfailkan sama pemula bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau masih wakil rakyat yang sah bagi kerusi tersebut.

Saman itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggil Sivil baru-baru ini. Badrul memenangi Dun Pelabuhan Klang atas tiket KEADILAN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu dengan majoriti 408 undi dan bertindak keluar parti dan menyertai Umno pada Mei tahun lalu.


4 comments:

Anonymous said...

TAK BANYAK MAJORITI PUN PKR MENANG..BAGUS JUGAK KALAU ADA PILAHANRAYA KAT PELABUHAN KLANG TU.. BN BOLEH TEST SUPPORT KAT SITU.. LAGIPUN ISU HANG JEE BAT TENGAH PANAS.. RASANYA BOLEH MENANG AND BOLEH NAIK KAN SEMANGAT BN.. KALU KALAH PUN TAKPA SEBAB TAK RUGI APA APA, CUMA RAKYAT SELANGOR SAHAJA YANG RUGI. LEPAS TU BN KENALAH LIPAT GANDAKAN USAHA NAK TAWAN SELANGOR BALIK.

Anonymous said...

Tak percayalah hassan ali ada telor

Anonymous said...

2 kan lakonan PAS ,sebab banyak ADUN PKR nak belok ke BN lah jadi congak punya congak ,adalah peluang beliau nak jadi MB ,ganti KG,macam Nizar colok.

Anonymous said...

cuba tengok persidangan DUN selangor pada pertama kali PR menang PRU 12,pergggh sungguh bongkak.nah sekarang cuba tengok balik vdo tu dlm you tube....perghhh...lawak....kakakakkakakakkakakakkaka

tokawe

Powered by Blogger.