Feb 1, 2011

HARI WILAYAH - WARGA KL TAK KENANG BUDI??





Hari ini merupakan hari bersejarah buat masyarakat Wilayah Persekutuan, Hari Wilayah.1 Februari dipilih Kerajaan Persekutuan dan disambut setiap tahun sebagai penghormatan bersempena meraikan Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia. Alhamdulillah, Kuala Lumpur kini semakin pesat membangun dan telah dikenali di serata dunia. Akan tetapi, Melayu CinDia ingin berpesan kepada Kerajaan Pusat agar sentiasa memberi fokus terhadap pembelaan warga KL. Tidak dinafikan Kerajaan Pusat sentiasa peka akan pembangunan dari segala aspek termasuklah pembangunan sosial di KL. Cuma ianya mesti diperkasa agar masyarakat KL sedar akan kesungguhan Kerajaan akan ketegasan dalam mempertahankan pembangunan secara menyeluruh. Masalah2 yang melibatkan Hal Ehwal Tanah Rizab Melayu mesti diutamakan. Akan tetapi, Alhamdulillah, setakat hari ini kebanyakan Tanah2 Rizab Melayu di KL masih lagi bertahan walaupun cuba disabotaj dari mana2 pihak.

0 comments:

Powered by Blogger.