Feb 19, 2011

HANTU POCONG UM BERJANGKIT KE UPM!!





Kira-kira 50 aktivis Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Putra Malaysia (UPM) berarak membawa replika keranda serta berkumpul di bangunan pentadbiran bagi membantah tindakan universiti yang didakwa menghalang calon mereka daripada bertanding dalam pilihan raya kampus. Selepas berjaya menyerahkan memorandum itu hampir jam 4 petang tadi, seorang pelajar dilihat mengeluarkan 'jenazah' daripada 'keranda' itu dan menyiramkan dengan cecair berwarna merah.




Ia kemudiannya diikuti dengan laungan "hidup mahasiswa" daripada peserta yang hadir. Semalam dalam bantahan untuk kes yang sama di Universiti Malaya (UM), gimik yang hampir sama diadakan kumpulan itu apabila membaringkan empat patung mayat. Memorandum itu juga menggesa supaya pilihan raya kampus itu ditunda kerana mendakwa terdapat campurtangan sebuah parti politik. Mereka mendakwa bahawa perkara itu dikesan melalui satu kempen pilihan raya yang diadakan antara 7 hingga 9 Januari lalu yang didakwa dihadiri presiden parti itu. Memorandum itu mendakwa parti itu menyumbangkang RM59,000 bagi membantu calon tajaan mereka di seluruh kampus di Malaysia.

Sebelum itu, kumpulan itu yang diketuai pengerusi pro-M Syed Syafiq Syed Hashim itu pada awalnya berkumpul sejak jam 2.40 petang di sebuah kawasan letak kereta. Pelajar berkenaan kemudiannya berarak dengan membawa sepanduk, antaranya bertulis "Mahasiswa tolak campur tangan parti politik" dan "parti politik jangan masuk campur."

Sepasukan kira-kira 10 orang anggota keselamatan kampus, turut berkawal di bangunan pentadbiran tersebut. Pasukan berkenaan menghalang kumpulan pelajar berkenaan di perkarangan bangunan pentadbiran itu pada kira-kira jam 3 petang. Lima orang wakil pelajar itu bagaimanapun dibenarkan menghantar memorandum kepada pihak pentadbiran, setelah rundingan selama kira-kira 10 minit.

selain Syed Syafiq, turut dibenarkan presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM Muhamad Hazim Mohd Noh dan wakil Gerakan Mahasiswa Maju kampus itu Swee Nee. Dua lagi yang turut serta ialah pelajar yang dibatalkan pencalonan bagi pilihan raya kampus itu -- Mohd Akmal Hakim dari Fakutli Bioteknologi dan Zuhairah Hayati Mohd Zureth dari fakulti sama.

Ketika berarak, kumpulan pelajar berkenaan turut melaungkan pelbagai slogan antaranya "bangkit mahasiswa, "hancur kezaliman" dan "tolak penindasan." Semalam, pencalonan enam calon kumpulan pelajar pro-M universiti itu ditolak atas alasan borang pencalonan mereka tidak lengkap. Mereka antara 41 calon pro-M yang mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya kampus yang dijadualkan Isnin depan. Sebanyak 43 kerusi dipertanding tahun ini di UPM, meliputi tujuh kerusi umum, 32 kerusi fakulti dan empat kerusi siswazah.



6 comments:

YB Raz said...

bodohnya bebudak ni..mak bapak hantar pi belajau tapi sibok terpekik terlolong berpolitik...memang jahanam bangsa melayu nanti kalau dah pelajarpun sibok berpolitik.

Anonymous said...

Mak bapak tak hantar belajar.. Mak bapak hantak pegi kat uni aje.. Masuk uni tu sebab dapat bantuan kerajaan.. tapi tak sedar diri.. inilah yang selalu dikatakan oleh pelajar bukan melayu kat belakang mereka.. belajarlah baik baik, jangan berpolitik lah dalam kampus..

hazwanmohamad said...

Untuk menjadi pemimpin negara yang bagus bukan setakat perlu ada SERATUS A+ abang2 sekalian! bukannya setakat menggengam seratus ijazah,master,atau pHD! Tetapi mereka perlu mendidik diri mereka sendiri dalam isu2 kepimpinan! Lagipon,apa yang mereka lakukan bukanlah memegang bendera PAS,UMNO,PKR,DAP! Mereka mengibarkan bendera HAK KEBEBASAN MEREKA SENDIRI!!! HAK MEREKA BERBICARA!HAK MEREKA BERTANDING!!!!

Anonymous said...

Memang pun.. tulah ramai ahli politik malaysia sekarang ni kelulusan tak seberapa.. memanglah tak perlu A+ banyak banyak.. tapi naklah jugak ada A dalam result tu baru boleh masuk Uni.. baru lah boleh bangga masuk uni sebab memang betul layak.. bukan macam calon PAS Cikgu Maya tu.. malu tengok result dia.. macamana nak jadi pendidik kalau macam tu .. apatah lagi nak jadi pemimpin.. Yang lebih pandai sikit dari cikgu Maya, masuk Uni, tapi still kebelakang di banding dengan bangsa lain dalam bidang atau course yang sama.. kenapa macam tu.. tak sedar sedar dan tak paham paham lagi ke!!.. sebab bantuan kerajaan lah dapat masuk Uni tu .. Bukan tak ada Melayu yang pandai, ada, tapi kebanyakan mereka ni selalunya tak lah tergolong dalam kumpulan yang macam ni.. sebab ada otak boleh pikir ke hadapan.. ini juga tak ada kena mengena dengan parti politik.. tengok mana ada bendera DAP, MCA, PKR, MIC, PAS dan UMNO.. Tapi mungkin ada kena mengena dengan orang melayu.. pikirlah sendiri..

Anonymous said...

adik2 yg demo tu cgpa diorg berapa yek? klu setakat nak dapat ijazah am je, mana nak letak muka dik ooooi..

Anonymous said...

wahai2 adik2/anak2 semua yg masih lagi bertungkus lumus mencari ilmu dimenara gading.....ketahuilah bahawa suasana politik mahasiswa di kampus sebenarnya semenjak azali lagi memang telah pun dicemari oleh campurtangan parti politik...tapi dulu hanya parti pembangkang sahaja yg berminat utk menkadirkan mahasiswa utk menjadi pemimpin pelapis mereka...tapi pihak kerajaan tidak mengambil kesah pun akan hal ini sehinggalah sekitar tahun 90an,,, berlaku perubahan sikap dari kalangan org UMNO dan kini rasanya mereka pun dah mulai mencari pengaruh di kampus... pada hakikatnya campur tangan oleh pihak pembangkang sudah bermula sejak sekian lama.

Powered by Blogger.