Feb 24, 2011

GUAN ENG KATA TSU KOON PENCACAI MELAYU!!





Lim Guan Eng sebelum ini hanya menghentam UMNO dalam berhadapan dengan peperangan Politik. Akan tetapi, setelah sekian lama, akhirnya, Guan Eng dengan dukacita mengkritik bekas Pemimpin No. 1 Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon. Apa motif serangan beliau secara tiba2 ini? Lim Guan Eng telah menghentam Tsu Koon sebagai pencacai Orang Melayu yang membiarkan diri terus tersepit dan tidak mampu melakukan apa2 dengan kebangkitan UMNO Pulau Pinang melancarkan jihad terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Tsu Koon kini dakwa beliau semakin lesu dan gusar dalam menyuarakan pendapatnya mengenai hal2 berkaitan Negeri Pulau Pinang. Tsu Koon dilihat membiarkan UMNO Pulau Pinang terus menerus menggunakan kuasa parti untuk melenyapkan terus hak Orang bukan Melayu di Negeri tersebut. Maka, Guan Eng mencadangkan agar Tsu Koon meletakkan jawatannya sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Perpaduan Rakyat Malaysia.





Tsu Koon yang juga merupakan Presiden Parti Gerakan juga diherdik oleh Setiausaha Agung DAP itu kerana tidak pernah menegur tindakan UMNO yang kian agresif memperjuangkan hak2 Kaum Melayu di Pulau Pinang sehingga lupa bahawa terdapat kaum lain yang merupakan kaum Majoriti di Negeri terbabit.

Guan Eng berkata demikian ketika mengulas hal berkenaan penubuhan porfolio Exco Hal Ehwal Bukan Islam di Negeri di Bawah Bayu. Portfolio ini amat penting kerana ianya akan mengimbangi kedudukan dan kebebasan masyarakat yang berbilang kaum dan Agama di Pulau Pinang. Guan Eng mempersoalkan idea penubuhan portfolio ini tidak pernah diperbincangkan semasa pemerintahan Parti Gerakan pimpinan Tsu Koon yang menyebabkan berlakunya pergolakan Agama dan Kaum di Negeri tersebut.

Parti Gerakan mesti mengakui bahawa, majoriti masyarakat Pulau Pinang tidak lagi dapat menerima mana2 parti komponen yang bersekutu dengan UMNO kerana ianya bukan sahaja memberi liabiliti terhadap masyarakat Pulau Pinang malah pembangunan Negeri ini tidak sekata lalu berlakulah pergolakan Ekonomi yang tenat di Negeri ini.

Kenyataan Guan Eng ini ternyata dilihat telah mencabar krelibiliti Tsu Koon. Atau ianya berbentuk hasutan? Melayu CinDia mengharapkan Tsu Koon bijak dalam menjawab kenyataan ini, kerana ini merupakan strategi DAP bagi membakar api kemarahan Parti Gerakan.



3 comments:

Media Cyber said...

Hi :) Segala berita terkini mengenai PRK tersebut akan dikemaskinikan di blog Khas ini.

Selain dari itu kami juga menyediakan pages (FB) khas juga iaitu di:

http://www.facebook.com/pages/Pilihan-Raya-Kecil-Malaysia/198201610195352?

dan facebook Group:

http://www.facebook.com/home.php?sk=group_169414786440203

dan juga Twitter:

http://twitter.com/prkmalaysia

dan juga yang Radio Merpati yang anda boleh dengarkan di blog:

http://prkmsia.blogspot.com.

Sebar-sebarkanlah kepada rakan blog anda. :) Selamat berjuang dan terima kasih.

p/s: jangan lupa follow twitter, facebook dan blog kami

Melayu Pulau said...

salam tuan,

mohon link kan : http://melayupulau.blogspot.com/

ajai62 said...

Assalam Bro

Apa salah dia jadi pencacai Melayu dan LGH kata dia tak anti Melayu... tapi kenyataan macam berbelit aje. Mesti masa cakap dia tengaah mabuk kuasa. Terlupa lak dia kutuk orang Melayu...

Powered by Blogger.