GAMBAR BOGEL TERESA KOK DIEDAR??

Kempen pilihan raya kecil yang lesu di Merlimau dikejutkan dengan 'gambar lucah' palsu pemimpin Pakatan Rakyat yang disebarkan di kawasan itu. Risalah dengan gambar-gambar yang dipalsukan itu membabitkan lima pemimpin Pakatan Rakyat yang ditampal dengan gambar bogel wanita dalam kedudukan yang menghairahkan dan didakwa mula tersebar sejak hari pertama kempen. Lima pemimpin yang 'diserang' itu adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; anggota exco Selangor, Teresa Kok dan ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching. Bercakap pada sidang akhbar, petang semalam, ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him berkata dua keping gambar itu dijumpai di Kg Ayer Merbau dan Kg Chinchin, tempat asal calon PAS, Yuhaizad Abdullah.




Satu daripada gambar berkenaan menunjukkan gambar separuh bogel Anwar dengan mesra mendakap pengadu kes liwatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan 'dara kontroversial yang berusia 40 tahun'- Ummi Hafilda. Risalah itu berjudul "Kalau Umno haram, kalau PAS halal". Satu lagi risalah meletakkan kepala Nik Aziz yang terselit di celah kangkang kaki perempuan dengan kata-kata "Ingat PAS, ingat zina, tuihh!".

'Barang bagus baru barang naik' Ia juga memaparkan gambar mursyidul am PAS itu yang tersenyum sambil memberikan isyarat tangan bersetuju dengan kata-kata "Barang bagus baru barang naik".

Gambar Elizabeth Wong dalam baju tidur seksi yang diambil dari video kontroversialnya yang disebarkan beberapa tahun lalu juga dimuatkan. Teresa Kok pula digambarkan berpakaian jarang dengan mengayakan kedudukan lucah tetapi gambar palsu Teo Nie Ching dianggap paling keterlaluan. Gambar dengan kakinya yang terkangkang dipaparkan dengan hanya dilitupi logo DAP.

Bersebelahan gambar itu diselitkan gambar lain yang membabitkan 'orgy'. Walaupun tiada logo BN dikesan pada risalah berkenaan, Sim percaya, ia didalangi oleh gabungan itu. "Setiap pilihan raya, calon mesti bertanding dengan adil dan bukan menggunakan taktik kotor seperti ini. BN seharusnya menjelaskan perkara ini," katanya. DAP akan membuat laporan polis berhubung perkara itu, hari ini.

5 comments:

Anonymous said...

Dia yang jumpa gambar tu dulu.. dia la yg buat.

Kemudian salahkan orang..

Mcm la kita xtau perangai pembangkang sejak dari beberapa siri PRK..

Hahaha

SAHLAH KERJA DEPA. UMNO TAK PERLU BUAT BENDA BODO UNTUK MENANG.

INSYAALLAH SELAMA INI UMNO MENANG SEBAB BUAT BENDA BETOI .

zahari1950 said...

Pihak mana yang mula dulu dalam mempopularkan perang gambar super impose ni. Dulu kepala Tun Dr Mahathir di tampal kepala fir'aum. Kemudian gambar datuk Najib berfoya dengan Altantuya. Siapa yang mula?...siapa yang mula?...pepatah mengatakan bila seseorang itu kentut di khalayak ramai dialah yang akan mulakan pertanyan siapa yang kentut bagi mengelakkan dia dituduh kurang ajar kerana melepas kentut yang busuk di khalayak ramai.

Anonymous said...

I teringin la nak tengok gambar Teoh Nie yang dikatakan dudok terkangkang tu..

Bloger mana yang berani paparkan gambar tu? Ooi bestnya kalau dapat tengok...

Anonymous said...

Ok...

sapa mula dulu dia buat ya...ok!

kalau di Kerdau, UMNO kata ada org burukkan calon UMNO berkaitan sijil/ijazah "beli" calon BN...

itu tandanya umno mulakan dulu, konon tuduh org buat...

umno memang dah terkenal BRUTAL!!!
dia tak kira halal haram pun asalkan menang!!!

Best Blogspot Templates 2013