Feb 2, 2011

FITNAH PAHANG DAILY - PAPA GOMO TERLIBAT??





Sejak akhir2 ini ramai di kalangan blogger yang mengeluarkan artikel dengan menggunakan nama Papa Gomo. Apa yang istimewa sangat dengan nama Papa Gomo? Adakah ianya sebagai penghormatan buat beliau? Atau strategi mematikan karier beliau sebagai blogger? Melayu CinDia hari ini ingin membongkar satu isu mengenai Kisah Papa Gomo bersama seorang penulis portal Pahang Daily menggunakan nama samaran pinkturtle2. Pinktutle2 merupakan penulis artikel "Gara-Gara Sumpah Laknat Mengaku Di Liwat Dek Anwar, Terkini Saiful Bukhari Semakin Tenat Dan Menderita Akibat Penyakit Misterinya!!". Artikel ini telah disiarkan di dalam Portal tersebut pada tahun 2008. Setelah 2 tahun, Pahang Daily akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka kerana telah memfitnah mangsa kes liwat Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari. Dengan rasa rendah diri, Pahang Daily turut menjelaskan artikel tersebut hanyalah fitnah dan rekaan semata2 sebagai strategi menjatuhkan BN dan langkah terdesak mengangkat maruah Anwar Ibrahim. Dukacita buat semua, sememangnya Papa Gomo mempunyai kaitan dengan artikel tersebut. Melayu CinDia meminta maaf kepada Papa Gomo kerana terpaksa mendedahkan perkara ini demi maruah perjuangan blogger2 Pro Kerajaan.




Masih ingat kisah Din Puduraya? Melayu CinDia mengingatkan kembali kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad yang menjelaskan bahawa terdapat seorang blogger Pro Kerajaan kononnya telah bersemuka dengan Din Pudu lalu meminta maaf dan mengaku telah mengeluarkan artikel berbentuk fitnah terhadap Naib Presiden PAS ini.

Fitnah yang dimaksudkan adalah artikel berkenaan kisah skandal Din Pudu dengan seorang wanita bernama Azizah. Skandal ini dikenalpasti bermula di Hotel Pudu. Idris Ahmad lantas terus menggelar blogger tersebut sebagai Ahli Neraka.

Ramai yang beranggapan Blogger Pro Kerajaan yang dimaksudkan itu adalah Papa Gomo. Benarkah? Ada bukti? Ada Gambar? Tiada. Malah Melayu CinDia juga cuba melihat artikel2 di blog beliau sebelum ini. Tiada sebarang artikel permohonan maaf secara terbuka dari beliau. Ini jelas membuktikan kenyataan Idris Ahmad ini hanya sekadar serangan penghinaan terhadap blogger2 yang menyokong BN.

Hari ini telah terbukti, siapa sebenarnya blogger pemfitnah yang sewajarnya digelar sebagai Ahli Neraka. Pahang Daily, sebuah portal Pro PAS dan Pembangkang mengakui memfitnah Saiful Bukhari. Buktinya secara nyata dan jelas dipamerkan melalui artikel di portal tersebut. Idris Ahmad sehingga hari ini diam membisu. Tiada kedengaran gelaran Ahli Neraka dari mulutnya. Mungkin Idris sedang berbincang dengan Nik Aziz agar penulis artikel tersebut diampunkan segala dosa2 nya.

Inilah pembongkaran yang sebenar. Pembongkaran bagi melihat dengan nyata lagi jelas. Pahang Daily telah membuka mata dan hati rakyat Malaysia bahawa blogger2 Pembangkang lah pemfitnah sebenar.

Melayu CinDia hanya mengambil contoh kisah Papa Gomo, antara blogger yang seringkali digelar sebagai pemfitnah tegar. Ramai lagi OTAI2 Blogger juga dituduh dengan gelaran demikian. Perjuangan kita dihina dan dipijak2 seperti sampah.

Melayu CinDia mencabar Idris Ahmad agar meminta maaf secara terbuka kepada kesemua blogger2 Pro Kerajaan. Jika Pahang Daily mampu melakukan sedemikian, takkan Idris tidak sanggup. Tidak salah meminta maaf kerana kita sesama Muslim. Atau hendak menunggu blogger yang beliau maksudkan itu tampil dan membawa ke muka pengadilan? Ini bukan ugutan, hanya sekadar peringatan.

6 comments:

ALahaI sI LunCAi said...

SELAIN BERITA FITNAH BLOGGER PAS JUGA SUKA SIAR KISAH SEKS. CABUL, ROGOL, LIWAT.

KO TENGOKLAH. SEBAB ITU KALAU ADA JER BERITA CABUL , BIASANYA JIKA YANG TERLIBAT MELAYU, MAKA MELAYU TU ADALAH MELAYU PAS.

AGAKNYA MEREKA TERANGSANG BAA BLOG PAS KOT ?

kamal said...

Istimewanya Isle Pas Nik Aziz berbohong,ambil bini org,bawa lari anak dara org,khalwat kat hotel perdana mcm Mat Sabu pun dibenarkan,halal syarie kahkahkah.....

Pas sudah jadi seperti Islam kamal antartuk,masyaallah akan hancurlah bumi malaysia.

Pemuda TG said...

sdr Luncai...
mereka semua teransang kesan dari iklan ubat kuat di hamrakah...kah kah kah... sebagai ujian ransangan, mereka suka keluarkan artikel yg sdra Luncai maksudkan...

Anonymous said...

Tak habis habis papa gomo. Dia tu syaitan, blogger fitnah sama macam parpu kari.

Kau ni bodoh lah

Anonymous said...

Nik Ajis ckp : "Baliklah... Tak per, Pahang Daily telah diampunkan"
Kah kah kah!!!

Anonymous said...

ngaku isle tapi perbuatan tak isle, bila terbongkar masih tak ngaku dan kutuk2 maki org, ITULAH SEBENARNYA SYAITAN, MCM ANON 3.47

Powered by Blogger.