Feb 20, 2011

EXCO - PAS SIAP SEDIA PARANG JIKA HASAN ALI DIBUANG!!





Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini telah mengesahkan ada perbincangan diadakan mengenai rombakan Exco Kerajaan Negeri Selangor melibatkan beberapa jawatan. Ini merupakan salah satu strategi membersihkan Exco yang dilihat memberi liabiliti kepada kekuatan gabungan DAP, PKR dan PAS. Antara nama yang disebut2 akan disingkirkan dari jawatan Exco termasuklah Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan Bekas Pengerusi DAP Selangor, Ronnie Liu. Mungkin tindakan membuang Ronnie tidak memberi kesan secara total, akan tetapi, apa reaksi PAS Selangor jika Dr. Hasan Ali disingkirkan? Beberapa Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Gombak sebentar tadi telah mengesahkan kepada Melayu CinDia bahawa mereka sedang 'mengasah parang' bagi 'menikam' Kerajaan Negeri Selangor jika Khalid Gagap memecat Dr. Hasan Ali.




Mereka mendakwa, jika benarlah Hasan Ali tersingkir, ianya membuktikan bahawa sememangnya membuktikan kepada semua bahawa Kerajaan Negeri melakukan penyelewengan dalam semua aspek. Strategi menikam seorang Pemimpin PAS yang telah berjuang merampas Kerajaan Selangor adalah 1 liabiliti buat Pakatan Selangor.

Mereka juga tidak teragak2 untuk mengadakan pertemuan bersama beberapa Pimpinan PAS Selangor agar mengisytihar keluar dari Kerajaan Gabungan Pakatan jika Hasan Ali dilanyak dan dibuang dari senarai Exco.

PKR dan DAP mesti menerima hakikat bahawa PAS Selangor merupakan tulang belakang kemenangan kesemua ADUN2 Pakatan di Selangor kerana telah menyumbang tenaga yang begitu banyak bagi mendapatkan sokongan bukan sahaja terhadap Pengundi Melayu, malah juga Bukan Melayu.

Semasa kempen PRU12, Hasan Ali telah berjaya mengatur strategi bijak dan menyalurkan jentera terbesar bagi membantu PKR dan DAP secara tidak langsung. Malah, Kelab Penyokong PAS yang melibatkan ahli PAS bukan Islam juga telah bermula di Negeri ini.

Strategi menyingkir Hasan Ali dari jawatan Exco kedengaran sebelum ini Kerajaan Negeri melihat kenyataan2 beliau hampir kesemuanya bercanggah dengan pendirian Pakatan dan lebih memberi kelebihan kepada UMNO dan BN. Malah baru2 ini, Hasan Ali secara terbuka membuat Kenyataan Media bahawa beliau tidak menghadapi sebarang masalah untuk bekerjasama dengan SUK Selangor yang baru dilantik iaitu Datuk Khusrin.

Hasan Ali juga dilihat membela Datuk Khusrin dengan mendakwa bekas Pengarah JAIS kini kian terancam dengan pelbagai ancaman dan kawalan ketat seolah2 beliau merupakan Agen CIA dan melakukan jenayah Politik. Ini tidak seharusnya berlaku kerana perlantikan Datuk Khusrin telah diperkenan Sultan Selangor.

4 comments:

Anonymous said...

he he ...asah parang konon...naik guling aku dengar...ahlul pas tak payahlah nak berlagak samseng nak jadi pembela..melayu sesama bangsamu kena tindas kat penang apa kamu buat...mana parang mu...parang kontot adalah...tak yah la nak tunjuk lagak..khak tuih..

Anonymous said...

Betul ke tu , nak asah parang?boleh dengarlah buat sedap makan nasi bolehlah, kalau berguling aku percayalah sebab sudah ada kejadian berguling di Kuala kangsa , tu pun berani dengan UMNO sebab Melayu.

Anonymous said...

asah parang...pastu pegi baring atas jalan raya ke? hehehe

Anonymous said...

Saya sebagai ahli PAS merasa sangat terkilan kerana apabila Hasan Ali tak di lantik sebagai Timb Menteri Besar, kita semua diam jer, sekarang PKR nak tikam kita, baru kita terhegeh-hegeh.

Satu soalan mudah "Where's Terasa Cock if you compare with Hasan Ali?

Powered by Blogger.