Feb 16, 2011

DUN KERDAU - PKR PAHANG TOLAK CALON PAS!!





Belum selesai peperangan Dewan Pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan di Merlimau, kini telah berjangkit ke Kerdau, Pahang. Beberapa individu yang merupakan berjawatan di dalam PKR Ranting hari ini tekad akan memastikan PKR bertanding di DUN tersebut. Ini kerana mereka mendakwa PAS telah terbukti tidak diterima di kawasan DUN tersebut setelah tewas pada PRU 12. PAS juga telah menjatuhkan momentum sokongan rakyat apabila tewas di DUN Galas, sebuah DUN di Negeri yang dipegang oleh parti tersebut. Di DUN Tenang pula, PAS bukan sahaja tewas malah BN berjaya menambah majoriti walaupun berlakunya bencana banjir pada ketika itu.




PKR Pahang juga akan memutuskan untuk meletakkan calon walaupun ditentang PAS. Ini kerana PKR Pahang yakin parti tersebut mempunyai aura yang tersendiri dan terbukti apabila berjaya memecah tradisi menang di 2 Parlimen di Pahang yang dahulunya dikenali sebagai kubu kuat BN.

PKR Pahang juga yakin, PAS akan tewas di Merlimau dan ini membuktikan lagi bahawa PAS tidak lagi sesuai untuk meletakkan mana2 calon pada ketika ini. Beberapa pemimpin PKR peringkat Ranting di Kuala Krau menasihatkan PAS muhasabah diri dan mengadakan Muktamar Khas bagi menentukan semula haja tuju dan mengkaji sedalam2 nya faktor kekalahan di beberapa PRK yang dipertandingkan sebelum ini.

Pendirian beberapa Pemimpin PKR Ranting di Kuala Krau dan PKR Pahang ini akan memberi kesan terhadap hubungan PAS dan PKR Pusat. Kita lihat selepas ini, apa jawapan PAS Pahang mengenai pendirian 'sahabat' mereka.

Sebelum ini, beberapa PKR Ranting di Kuala Krau telah mengadakan mesyuarat khas sejurus diberitahu mengenai kematian ADUN Kerdau. Tindakan PKR ini dianggap biadap kerana langsung tidak menghormati kematian ADUN tersebut.

5 comments:

melayurayadaily said...

cili kasi taruk

Anonymous said...

Mampuslah PAS, hanya PKR sahaja yang layak meliwati...opps mewakili rakyat.

Anonymous said...

..pas tidak PASti..he he..

bro..tolong add : http://changewemustsarawak.blogspot. com dan http://penaemassarawak.blogspot.com

..sama2 kita berjuang menentang 'peliwat' negara...

Anonymous said...

Ini tak mungkin berlaku.. cakap belakang bolehlah.. Anwar Ibrahim dah cakap yang KERDAU milik PAS.. Anak anak ikan PKR ni hanya berani kat belakang aje.. Kecut depan Anwar takut kena sontot belakang..

Anonymous said...

JAGALAH KESUCIAN SEMUA RUMAH-RUMAH ALLAH DISEPANJANG PRK

• Kepada semua pihak yang berkuasa tempatan kawasan yang berlangsungnya PRK dan kawasan sekitarnya (seperti JKKK, RELA, J/K Masjid & Surau, Ketua-ketua Kampung, Peghulu, Majlis Daerah, POLIS, Persatuan Belia dan sebagainya.

• Saya, selaku pemerhati bebas setiap PRK menyeru semua pihak bergembeling tenaga untuk mengawal segala Masjid, Surau atau Madrashah dari dijadikan puast penempatan gelandangan sempanjang berlangsungnya PRK.

• Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan bermehrajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka. Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.
• Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema'ah wanita dan sebagainyan.

• Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi'sabillillah. Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi'sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.

• Mereka juga tidak segan - silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.

• Sekian sahaja harapan saya semoga semua musafir yang menumpang munaikan kewajipan bersolat di RUMAH-RUMAH ALLAH dapat beribatat dengan khyusu’.

Powered by Blogger.