Feb 20, 2011

DUN KERDAU - PKR GEMBIRA PAS BELUM SEDIA!!





PKR Pahang dikatakan sedang bergembira dengan kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengatakan bahawa beliau terkejut dan masih tidak bersedia dengan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari yang sama untuk pilihan raya kecil DUN Kerdau dan Merlimau. Beliau yang juga pesuruhjaya PAS Pahang berkata, sepatutnya lebih masa diberikan kepada kedua-dua pihak yang mahu bertanding untuk membuat persediaan. Ini kerana, jika PKR sememangnya mahu merampas dari quota PAS di DUN tersebut.




Tambahnya, hari pengundian pada 6 Mac yang jatuh pada Ahad boleh menyebabkan keadaan tidak selesa kepada pengundi luar yang terpaksa pulang bekerja pada keesokan harinya. Mereka terpaksa bergegas kerana cuma ada sehari untuk perjalanan ke tempat mengundi dan pulang ke tempat kerja, katanya dalam sidang media di Alor Setar hari ini.

Sebelum itu, PKR telah mengadakan perbincangan tergempar bagi meletakkan Calon di DUN tersebut bermula malam pengumuman kematian ADUN Kerdau. Tindakan drastik ini dilakukan bagi memastikan PAS tidak berpeluang untuk mendapat kerusi di DUN Kerdau.


0 comments:

Powered by Blogger.