Feb 23, 2011

DUN KERDAU - PAS AKUI CALON BN LAYAK MENANG!!





Penasihat Agama MB Pahang, Anak Tempatan, berjawatan NO. 3 di dalam UMNO Bahagian Kuala Krau. Semua pakej ini telah melayakkan Calon BN DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad untuk menerajui DUN Kerdau. PAS kini semakin runsing dengan calon BN ini. Mereka duduk terkedu mendengar nama Syed Ibrahim diumumkan. Bagaimana PAS hendak melaksanakan strategi penipuan yang telahpun diatur dengan rapi bagi menghadapi saingan BN? Maka, PAS terpaksalah duduk berbincang semula agar strategi baru dapat diketengahkan. Calon juga menjadi isu buat PAS. Parti ini mesti memastikan calon yang diketengahkan bersih dari segala perlakuan yang memburukkan imej PAS bukan sahaja pada hari ini, malah bersih dari sejarah lampau yang akan diherdik masyarakat Kerdau. PAS yang sebelum ini dengan bongkak tidak menghadapi masalah memilih calon malah dikata pula jika hendak dipilih, kesemuanya layak. Semalam, beberapa Pemimpin PAS melihat ianya bukan seperti yang dinyatakan sebelum ini. Kesemuanya tidak layak jika dikaji semula. Kenapa?





Naib Ketua Umno Cawangan Kuala Krau dan Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Krau sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh dan di Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Fakulti Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir dari tahun 1989 hingga 1996.

Syed Ibrahim pernah berkhidmat sebagai pembantu pegawai Yayasan Pahang di Kaherah, Mesir ketika melanjutkan pelajarannya di sana dan sekembalinya ke tanah air beliau bergelar guru Bahasa Arab dan Agama di Sekolah Menengah Agama Darul Naim di sini pada tahun 1997 hingga 2000.

Pada November hingga Disember 2000, beliau berkhidmat sebagai Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Jerantut dan bertugas sebagai pegawai khas kepada Menteri Besar Pahang bermula 2000 hingga kini.

Inikah sebabnya PAS buntu memilih calon. Eh, bukankah kebanyakan pemimpin PAS semuanya berlatrarbelakang Agama? Atau ianya hanya sekadar palsu semata2? Oh, lupa. PAS kini dikawal oleh pemimpin Sekular rupanya. Puak Erdogan. Memuja kepimpinan Anwar. Tak mengapalah. Undi PAS kan masuk syurga.



3 comments:

Anonymous said...

tak sabar nak tengok apa pulak tindak tanduk nizar slps ni...nak dengar jugak apa pulak fatwa nizar kali ni...adakah haram syarie mengundi calon BN ini?

hangkedee said...

Penyakit Pok NIK dah berjangkit kepada Ketua Komunis Perak

Anonymous said...

bagus la kalau ramai lebih ustaz jadi wakil rakyat ... takla puak2 yg 'jahil' yg tak tau halal-haram saja yang dok buat undang2 di DUN untuk rakyat Islam.....

tp jangan pulak ustad2 umno ni lebih 'teruk' & 'ganas' lg dok sokong amalan jahiliyyah & sekularisme melayu umno seperti yy lepas2...

dulu puak2 Abim, JIM & bekas otai2 PAS masuk umno.. kerana nak perbetul dari dalam... tapi ramai yang tenggelam dalam 'wang panas' umno ...

dulu anwar ibrahim,... dah ditendang keluar.

yg masih didalam ... kamarudin md nor, roslan kasim, zahid hamidi, us nor idris, us nakhaei ahmad, dll.... hebat2 belaka.... hanyut.... jadi "ustaz boneka" & "ulamak gurka" umno ada la... kakakaka.

Powered by Blogger.