Feb 19, 2011

DR. ASRI ISYTIHAR SOKONG KEPIMPINAN ISLAM NAJIB!!





Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata umat Islam wakil mempertahankan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung larangan menyamakan Islam dengan agama lain. Dr Mohd Asri ini, semua pihak tidak kira fahaman politik harus mengambil tindakan itu kerana "soal persamaan nilai adalah soal akidah".




"Kenyataan PM bahawa umat Islam tidak boleh menyamakan antara Islam dengan agama lain di sudut akidahnya adalah sesuatu yg benar. Sesiapa yang menyanggahi kenyataan itu merosakkan imannya," kata Dr Asri.

Dalam kenyataannya semalam, Dr Asri berkata, memang benar Islam menghormati agama lain, tetapi tidak mengiktiraf persamaan dengannya di sudut kewahyuan dan kedudukannya di sisi Allah. Najib semalam dilaporkan berkata beliau menghormati agama lain yang diamalkan di negara kerana ia mempunyai hak di segi undang-undang dan Perlembagaan Negara tetapi tidak boleh disamakan dari segi akidahnya.

Meminta supaya tiada salah faham, Najib berkata beliau tidak bermaksud menidakkan atau merendahkan agama lain, cuma membezakannya daripada segi akidah bahawa "kefahaman mengenai pluralisme ini salah dari segi agama Islam".


4 comments:

G4UMNO said...

Salam untuk semua yang mengucap Dua kalimah Syahadah

Lihatlah didalam blog saya g4umno.blogspot.com hujah ringkas saya mengenai pluralism menggunakan hujah Quran dan Hadith, juga fatwa ulama muktabar didalam kitab karangan mereka

Didalam Aqidah Islam, muktamad yang putus seperti fatwa ulama muktabar terutama imam 4 mahzab.

Secara langsung mencatas kenyataan Nik Aziz yang terpesong. Bab Aqidah tidak ada perbahasan lagi, muktamad semenjak zaman Rasullulah

Wassalam

sgray said...

Nah ini macam kira ok. Yang benar dan HAQ tetap HAQ..salam buat dato Asri...Tang nie..Alhamdulillah.Semoga yang diperkatakan DS Najib akan membuka minda yang bercelaru di akal2kan oleh fahaman yang salah.[esp.ISLE yang cuba diketengahkan Nicky & co.]
Surah Al An aam ayat 150:maksudnya…
Katakanlah: "Bawalah kemari saksi-saksi kamu yang dapat mempersaksikan bahwasanya Allah telah mengharamkan (makanan yang kamu) haramkan ini" Jika mereka mempersaksikan, maka janganlah kamu ikut pula menjadi saksi bersama mereka; dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, sedang mereka mempersekutukan Tuhan mereka.
Semoga bertambah dirahmat dan disejahterakan Allah bumi bertuah ini.

Amin

mohd.fadzil said...

Aku bersyukur Dr. Asri cepat sedar dan tidak melatah..Hampir2 dirinya dipergunakan oleh pembangkang...

Anonymous said...

habis apa kata ularmak pas...dia jer...
walaupun najib kata dia menentang persamaan islam dengan ugama lain...
pas tak akan setuju...sebab yang cakap tu najib orang umno.
buatlah baik macamana pun...pas tak akan sokong..
kalu lim kit siang yang cakap...pas akan kata tewngoklah...dap dah terima islam..
haramjadah punya puak munafik ini..

Powered by Blogger.