Feb 2, 2011

DEDAH - DZULKIFLY AGEN DAP DALAM PAS !!





Jika dilihat kini PAS tidak lagi mendesak atau mempromosi Hudud yang kononnya menjadi asas perjuangan parti tersebut. Apabila ditujukan soalan mengenai perlaksanaan Hukum Hudud, PAS bukan sahaja mengelak dari memberi sebarang jawapan, malah UMNO pula yang dihina. Mereka tidak berani tampil memperjelaskan mengenai janji mereka. Akan tetapi, misi penghapusan perjuangan PAS telah mula dicungkil. Seorang pemimpin kanan PAS Pro Erdogan bernama Dr. Dzulkifly Ahmad hari ini tampil membuat kenyataan berani mati mengakui PAS kini harus membuang angan2 untuk melaksanakan Hukum Hudud ala2 PAS.





Dr. Dzulkifly yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Selangor dengan nada tegas menjelaskan adalah mustahil dan tidak logik jika perjuangan Hukum Hudud dapat dilaksanakan kerana ianya bukan lagi satu agenda yang penting untuk diperjuangkan. Malah, beliau berkata dengan populasi masyarakat Malaysia yang bukan semuanya beragama Islam, ianya tidak lagi releven. Kenyataan beliau ini mengiyakan pandangan masyarakat bahawa perjuangan PAS melaksanakan Hukum Hudud hanyalah palsu semata2.

Jika dahulu, PAS telah menfatwakan bahawa perlaksanaan Hukum Hudud adalah wajib dan kufur jika tidak dilaksanakannya, hari ini situasinya telah berubah. Dr. Dzulkifly merupakan antara beberapa Malah dahulu PAS juga mendakwa HARAM bekerjasama dengan UMNO kerana parti ini tidak memperjuangkan Hukum Hudud, hari ini PAS bukan sahaja bekerjasama dengan DAP, malah tidak menghadapi sebarang masalah untuk menghapuskan terus perjuangan tersebut.

Pemimpin PAS Puak Erdogan yang akan sentiasa memastikan perjuangan tersebut dihapuskan serta merta. Puak yang 'ditubuhkan' Anwar ini bertujuan bagi memastikan PAS menerima seterusnya menjunjung perjuangan Malaysia Malaysia.

Melayu CinDia ingin bertanya, siapa sebenarnya yang memecahbelahkan umat Islam dan Melayu di Malaysia?

0 comments:

Powered by Blogger.