Feb 27, 2011

DATUK HISHAM SOKONG HINDRAF??





Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sudah diminta secara peribadi memantau dan mengambil tindakan tegas jika kumpulan Hindraf mencetuskan kekecohan di negara ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau sudah mengarahkan Ismail mengambil tindakan secara langsung dan bertanggungjawab memastikan gerakan haram ini tidak menjejaskan keadaan dan suasana aman.





Beliau memberitahu pemberita demikian selepas proses penamaan calon pilihan raya kecil DUN Kerdau di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh, Sabtu. Hishamumuddin diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengarahkan pihak berkuasa agar mengambil tindakan undang-undang terhadap Hindraf bagi memastikan pertubuhan haram itu tidak muncul kembali.

Hindraf dilapor merancang mengadakan perarakan raksasa di ibu negara hari ini dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hingga ke Jalan Dang Wangi. Hishammuddin berkata, Hindraf dilihat cuba mewujudkan suasana seperti di negara Timur Tengah namun ia tidak mendapat sambutan orang ramai.

"Kita tahu niat dan hasrat mereka, kita tahu ada pihak-pihak tertentu yang nak cuba membawa sentimen yang kita lihat berlaku di Timur Tengah ke sini, tetapi keadaan di sini berbeza dan tidak menjurus ke arah itu," katanya.

Dalam pada itu, Ismail berkata, polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang masih berdegil untuk menyertai perhimpunan haram itu esok. Beliau berkata perhimpunan itu tidak mendapat permit polis.


2 comments:

putrarahman said...

Jika Tun Hanif Omar berani tahan pemimpin pembangkang di dalam operasi Opps Lalang, walaupun tanpa diarahkan oleh menteri, kenapa tidak Ketua Polis sekarang ini mengambil langkah serupa terhadap Hindraf. ISAkan mana-mana pemimpin yang degil walaupun sekadar datang untuk memberi sokongan.Bukan menghasut, tetapi memberi cadangan kerana HINDRAF ni satu pertubuhan yang sama taraf dengan PKM-HARAM. Layanlah HINDRAF sama seperti kerajaan melayan PKM.

Anonymous said...

dia tak sokong, cuma lembik. lembik segala2nya.baik digantikan je dgn org lain.

Powered by Blogger.