Feb 11, 2011

DATUK AZEEZ NYARIS-NYARIS TERBUNUH !!





KELAB PUTERA 1MALAYSIA!! Kelab ini merupakan tulang belakang Misi membawa pulang Penuntut2 Malaysia dari Mesir ke tanahair. Walaupun menghadapi pelbagai tekanan dan cabaran, Alhamdulillah misi ini berjaya dilaksanakan. Melayu CinDia mengucapkan SYABAS buat Presiden Kelab ini, Datuk Azeez Abdul Rahim yang bekerja keras dalam menjayakan Misi murni ini. Pelbagai pengalaman yang telah mematangkan beliau beserta crew Kelab Putera 1Malaysia yang sedikit sebanyak memberi pengajaran dan keinsafan buat mereka. Antara pengalaman yang paling tidak dilupakan apabila terdapat beberapa Crew Kelab ini yang ditahan dan diacukan senapang AK-47 yang bagi mereka 1 pengalaman yang tidak akan dilupakan sehingga akhir hayat. Jika ianya tidak terkawal, maka akan berlaku insiden pembunuhan pada ketika itu.





Datuk Abdul Azeez beserta Crew Kelab ini juga menghadapi dugaan yang amat berat dipikul. Tahanan soalsiat, bekalan makanan mereka dirampas dan pelbagai lagi ujian Allah yang tidak mampu dilupakan. Berbekalkan perjuangan demi Allah untuk Agama, Bangsa dan Negara, misi ini akhirnya mencapai matlamat yang dirancang.

Namun bagi Datuk Abdul Azeez, jika dibandingkan dengan bantuan dari Negara2 lain, Malaysia merupakan yang paling berjaya. Ini kerana hubungan rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan beberapa pemimpin luar termasuklah Mesir memudahkan perjalanan pulang ke tanah air.

Beliau juga mendedahkan bahawa Perdana Menteri dan isteri bergilir2 menelefon beliau hampir setiap jam untuk mendapat maklumat dan perkembangan terkini mengenai pelajar2 Malaysia di Negara tersebut. Kelihatan Perdana Menteri amat khuatir dengan keselamatan mereka dan beliau amat terharu kerana 1 perkara yang beliau lihat melalui misi ini adalah terserlahnya jiwa seorang Perdana Menteri yang begitu menyayangi rakyatnya.

Datuk Azeez juga terkejut dan kagum dengan sikap ambil berat isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang jelas kelihatan dapat merasakan betapa khuatirnya beliau terhadap pelajar2 tersebut seperti seorang ibu yang kehilangan anak2 nya. Apabila melihat pelajar2 Malaysia menjejakkan kaki di Lapangan Terbang, perasaan lega bercampur sedih kegembiraan jelas kelihatan di wajah beliau. Datin Seri Rosmah juga memeluk hampir setiap pelajar yang bersalam dengannya.

Benarlah. Apa yang berlaku ini banyak hikmah yang kita perolehi. Pelbagai persoalan dan tuduhan terhadap Kerajaan yang selama ini kedengaran sumbang di kalangan pelajar2 tersebut, bukan sahaja terjawab, malah sebahagian daripadanya insaf dan rasa bersalah kerana hampir mempercayai segala tuduhan2 jahat dari pihak Pembangkang.

Nilai politik seolah2 tiada maknanya lagi apabila berlakunya situasi sebegini. Semua dianggap saudara. Datuk Seri Najib dan isteri jelas kelihatan seperti 'kehilangan anak2' mereka yang amat disayangi.



1 comments:

Anonymous said...

kakaka...itu hari kat pd dah nyaris juga..patah tengkok...ini nyaris lagi
jangan2 lepas ni..rasa2 ade org buat pulut kuning

Powered by Blogger.