Feb 17, 2011

DAP SARAWAK ISYTIHAR KEMPEN TOLAK PAS!!





Tindakan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang mendesak Gabungan Pakatan Sarawak meletakkan lebih banyak kerusi DUN pada PRU Sarawak telah menyebabkan DAP Sarawak naik berang. Menurut maklumat dalaman, DAP Sarawak menghina kenyataan PAS lalu mengatakan PAS seolah2 bermimpi di siang hari. Perjuangan yang dibawa PAS dikatakan tidak dapat diterima DAP Sarawak kerana ia tidak bersesuaian dan boleh membawa padah. DAP Sarawak berkata PAS bukanlah sebuah parti yang kuat di Negeri ini dan tidak layak bertanding walau SATU DUN sekalipun. PAS mesti mencermin diri terlebih dahulu sebelum mendesak kerusi di DUN Sarawak seolah2 PAS begitu kuat di Negeri ini.




DAP Sarawak dikatakan akan membuat desakan balas agar Pakatan tidak membenarkan sama sekali PAS memasuki bumi Sarawak bagi menawan hati masyarakat di Negeri ini. DAP Sarawak turut membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah menerima parti tersebut sebagai salah sebuah parti Gabungan bersama. Gabungan DAP, PKR dan PAS hanya di Semenanjung dan tidak di Sarawak.

PAS juga didakwa gagal mendapat jumlah kerusi yang cemerlang di Semenanjung malah tewas di beberapa DUN yang dipertandingkan semasa Pilihan Raya kecil berlangsung. Kenyataan Ahli Parlimen Pokok Sena dikira mereka seperti bercakap dengan haiwan semata2.

Maklumat ini diperolehi ketika Melayu CinDia bersama seorang rakan dari Bumi Kenyalang yang juga merupakan salah seorang yang amat rapat dengan beberapa Pemimpin Pemuda Sosialis DAP di Sarawak.

5 comments:

Anonymous said...

padan muka

Anonymous said...

DAP layan PAS macam tisu kesat N.Ajis je.

Lepas pakai terus buang.

Bingai @ Bangang said...

Terimakasih kerana mendaftar sebagai "Followers" di blog TendangTerajang.

Blog anda telah tersenarai di bloglist "Followers" dan diharap anda juga dapat melakukan perkara yang sama.

Aku Yang Bingai
Hukum Zina Bukan Islam di Penang?

Bingai @ Bangang said...

kene tolak mahpuz dulu masuk laut!
kah kahkah

Aku Yang Bingai
Hukum Zina Bukan Islam di Penang?

Anonymous said...

MALU LA WEH...KESIAN LA DGN PAS NI...HIDUNG TAK MANCUNG, PIPI TERSORONG2... HAH, KAWAN LAGI LA DGN GENG KAFIR HARBI TU..
PAS SEOLAH2 HAMPAS DI MATA DAP...KESIAN..

Powered by Blogger.