Feb 15, 2011

CHING PENG SUKA MELAYU SEMAKIN NYANYUK!!





MELAYU MUDAH LUPA!! Itulah kesimpulan yang pernah diungkap oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed. Akan tetapi, bukan semuanya lupa terus. Mungkin ada yang terlupa atau buat2 lupa? Antara yang Melayu seringkali terlupa adalah mengenai sejarah dan peringatan seorang Wira Negara satu ketika dahulu. Seorang Wira yang berhempas pulas, bertarung nyawa sehingga terkorban di Medan Peperangan. Semua ini dilakukannya demi memperjuang Tanah Bumi yang kita pijak dan nikmati pada hari ini. ADNAN BIN SAIDI. Siapa Adnan bin Saidi? Mungkin ada yang mengenali beliau, dan mungkin ada yang tidak pernah tahu Wira Negara ini.



Semalam, 14 Februari, ketika sebilangan masyarakat Malaysia leka menyambut Hari Kekasih (Valentine Day), mereka lupa akan seseorang yang sepatutnya kita lebih kasih kerana merupakan antara Wira Negara yang tidak mampu dibalas jasanya. Tanggal 14 Februari juga merupakan Hari Ulang Tahun Kematian ADNAN BIN SAIDI atau lebih dikenali dengan LEFTENAN ADNAN. Nama yang sudah luput di mata dan hati Terima kasihlah kepada Pengarah Filem Leftenan Adnan kerana menayangkan kisah Pejuang Melayu ini. Tapi Melayu CinDia pasti, ada juga di kalangan kita yang lupa akan sejarah beliau. Melayu Mudah Lupa. CHING PENG sendiri akan gelak besar apabila melihat keadaan Orang Melayu kini. Akan tetapi Melayu Juga Boleh Ingatkan sesama Melayu. Hari ini Melayu CinDia akan ceritakan secara ringkas kepada anda siapa sebenarnya Leftenan Adnan.

Pada tahun 1934, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh anggota tentera British yang bertujuan untuk mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi berminat menjadi tentera, namun ibubapa beliau tidak merestui kemahuannya itu. Adnan nekad, bersama beberapa orang rakan, mereka keluar dari kampung dan menuju ke kem latihan ketenteraan di Port Diskson.

Di situ mereka mendaftarkan diri dan menjalani latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Adnan melayakkannya terpilih sebagai rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan pangkat menjadi Kolor Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London.

Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Ketika Perang Dunia Kedua, Leftenan Adnan Saidi telah terkorban semasa mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan tentera Jepun. Pertempuran di Bukit Candu yang terletak di Pasir Panjang, Singapura itu menyaksikan gugurnya seorang perwira Melayu yang begitu digeruni oleh musuh.

Apapun, JUTAAN TERIMA KASIH dan SYABAS kepada Pertubuhan NGO PERKASA yang telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin Khas buat Leftenan Adnan.. AL FATIHAH.


PS : Jangan lupa pula MAULIDUL RASULLULLAH SAW.


0 comments:

Powered by Blogger.