Feb 10, 2011

ANWAR TERUS MANDUL DI MAKI ISA SAMAD !!





Petikan dari Bernama ini memang benar2 mengejutkan Melayu CinDia. Ramai beranggapan FELDA akan mengalami kerugian teruk setelah Pengerusinya diambil alih oleh Tan Sri Isa Samad. Anwar Ibrahim juga telah menggunakan kesempatan ini dengan cuba mengapi2 kan peneroka2 FELDA. Akan tetapi, kenyataan Isa Samad yang dilaporkan oleh Bernama benar2 membuatkan Anwar terkedu.




Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad mengambil pendirian tidak menghiraukan kenyataan pihak tertentu yang mempersoalkan pelantikannya sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana tidak mahu menjejaskan fokus beliau untuk memajukan Felda. Beliau berkata, sekiranya diambil serius perkara itu, ia akan menghalang fokusnya untuk membangunkan Felda dan memberikan taraf kehidupan lebih bermakna kepada peneroka di seluruh negara.

Sambil berjanji untuk komited dalam menjayakan agenda yang sudah dirancang untuk membangunkan Felda, beliau berkata: "Bila kita dilantik, biasalah ada yang tak suka, orang tak suka saya dari dulu. Apa sahaja jawatan yang saya pegang...ada sahaja yang tidak suka. Biarlah, saya tetap akan terus majukan Felda."

Mohamed Isa berkata, latar belakang individu yang membuat kenyataan juga perlu dilihat sama ada mereka hebat di dalam bidang yang mereka ceburi sehingga boleh membuat kenyataan itu.

"Mereka yang cakap begini biasanya mestilah hebat tapi kita kena tengok rekod mereka, hebat sangat ke sehingga boleh sesuka hati mendakwa itu dan ini... apapun biarlah," katanya.

Mengenai pencapaian Felda, beliau berkata tahun lalu mereka mencapai kutipan jualan keseluruhan tertinggi oleh peneroka sejak 2006 iaitu sebanyak RM1.06 bilion berbanding hanya RM911 juta tahun sebelumnya. Beliau berkata, Felda pada tahun ini mensasarkan hasil daripada jualan keseluruhan bernilai RM2 bilion.

"Kita juga bangga, daripada 36,000 usahawan yang menghasilkan produk untuk Felda, 33 orang mencatatkan jualan lebih RM1 juta setahun," katanya.

Terdahulu, Mohamed Isa melancarkan program Promosi Produk Usahawan Satu Wilayah Satu Industri Felda di Aeon Jusco di AU2, Setiawangsa, yang bermula semalam hingga Ahad. Sebanyak 150 produk makanan dan kraftangan hasil daripada usahawan Felda dipamerkan di ruang legar pusat membeli-belah itu sebagai langkah meletakkan produk Felda dalam pasaran pasaraya besar tempatan.


Laporan Terbaik dari Bernama

0 comments:

Powered by Blogger.